Dikritik ‘menjerit-jerit’ jadi pengacara, apa nak buat dah itu Ain Edruce

Ain akan berubah sekiranya benda tu tidak elok dan dia akan cuba menjadi lebih baik.

PELAKON dan pengacara Ain Edruce tidak pernah terlintas untuk mengubah cara kerjanya kerana sudah selesa dengan apa yang ditampilkan ketika ini. 

Bagi Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 28, bukan mudah untuk seseorang itu melakukan perubahan hanya kerana ingin mengikut kehendak orang lain.

"Saya tak pernah terfikir nak berubah menjadi orang lain sebab dah selesa macam ni. Bila kita bercakap pasal berubah ni bukan senang nak buat.

"Lagi-lagi nak ubah sesuatu yang kita tak nak tapi sebab nak ikut kehendak orang lain seperti netizen suruh ubah cara saya mengacara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin orang tu hanya nak luah apa yang dia tak suka tentang saya” - Ain Edruce


Ain selesa jadi diri sendiri.

"Bukan senang nak buat hanya disebabkan orang lain suruh melainkan kita sendiri yang nak ubah dan tekad itu lebih mudah," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini Ain pernah dikecam gara-gara mengacara sebuah program dengan cara menjerit-jerit menyebabkan segelintir netizen tidak menyukainya.

Menurut pelakon drama bersiri Kekasih Paksa Rela ini, dia menerima lebih banyak rezeki disebabkan sentiasa menjadi diri sendiri.

Bagaimanapun, Ain memberitahu dia akan berubah sekiranya perkara itu tidak elok dan akan cuba untuk menjadi lebih baik.

"Bagi saya, untuk ubah diri saya mungkin tidak sebab apa yang saya tonjolkan sekarang, perangai saya dan bila jadi diri sendiri buat lebih banyak rezeki yang saya terima.

Ain mahu fokus bidang lakonan.

"Sebab saya tak sorok diri sebenar. Saya lebih mudah mengikuti cara pengacaraan sendiri. Lagipun, sasaran saya untuk hiburan bukan program formal.

"Kalau nak berubah pun biar untuk menjadi yang lebih baik. Yang pasti tak akan berubah untuk orang lain. Kalau saya rasa benda tu tak elok, saya sendiri akan ubah," ujarnya.

Dalam pada itu, Ain mahu memberi tumpuan pada bidang lakonan daripada pengacaraan pada tahun ini.

"Saya baru sahaja habis penggambaran untuk tiga telemovie yang akan ditayangkan pada bulan Mac depan dan bulan Ramadan.

"tahun ni nak lebih banyak berlakon daripada mengacara sebab nak fokus pada bidang itu pula. Insya-Allah harap semua doa yang baik-baik," katanya.

Ain Edruce

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain