suria

“Kotak terakhir, InsyaAllah” - Selepas menang MLM 2018, Ajak (Shiro) azam berhenti merokok

Ajak (Shiro) berazam untuk meninggalkan tabiat merokok. Foto Instagram @ajakshiro

JUARA program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) Ajak berazam untuk meninggalkan tabiat merokok dalam memastikan dia menjalani kehidupan lebih sihat.

Keputusannya mendapat reaksi positif dalam kalangan pengikutnya di Instagram yang mendoakan agar anggota kumpulan Shiro itu istiqomah dalam meninggalkan tabiat buruk itu.

"Kotak terakhir, InsyaAllah... Terima kasih yang DM saya semua, maaf tidak dapat membalas semua ya," tulisnya di Instagram sambil memuat naik gambar kotak rokok terakhirnya.

Perkongsian Ajak di Instagram mendapat sokongan daripada pengikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiro bawa pulang RM500,000 juara Maharaja Lawak Mega 2018

ARTIKEL BERKAITAN: Menang MLM 2018, Ajak & Shahrol buat kejutan umum tinggalkan karier sebagai deejay

Menerusi tanda pagar pada status itu, Ajak atau Mohamad Hanafi Razak, 33, ingin berhenti merokok kerana sayangkan keluarganya selain ingin menikmati kehidupan sihat.

Dalam perkembangan lain, Ajak yang ditemui selepas diumumkan sebagai juara MLM 2018 pada Jumaat lalu memberitahu, wang kemenangan itu akan digunakan untuk mengerjakan ibadah umrah.

Kata Ajak, dia ingin kembali ke kota suci Makkah bagi melaksanakan nazarnya selain membawa keluarganya melakukan ibadah sama.

Shiro merangkul gelaran juara MLM 2018 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000.

"Saya masih ingat tiga tahun lalu saya pergi umrah dan apabila balik semua doa saya dimakbulkan Allah.

"Selain ingin melunaskan nazar dan membawa keluarga, hasrat kali ini untuk menzahirkan rasa syukur kepada Allah yang memberi rezeki murah kepada saya sekeluarga.

"Duit kemenangan itu bukanlah untuk berseronok tetapi lebih baik saya belanjakan untuk kebaikan," katanya.

Artikel Lain