"Kalau aku pergi, aku nak baring sebelah kau ye bang" - Aril luah rasa rindu genap 7 tahun Izwan Pilus meninggal dunia - Hiburan | mStar

"Kalau aku pergi, aku nak baring sebelah kau ye bang" - Aril luah rasa rindu genap 7 tahun Izwan Pilus meninggal dunia

Izwan (kiri) meninggal dunia pada 20 Januari 2012.

ADIK kepada penyanyi Allahyarham Izwan Pilus iaitu Aril Pilus meluahkan perasaan rindunya ketika genap tujuh tahun pemergian abangnya.

Aril berkata, rasa rindu terhadap abangnya itu tidak pernah pudar walaupun sedetik.

"Hari ini genap tujuh tahun Izwan Pilus pergi meninggalkan kita mengadap Ilahi, rasa rindu yang tak pernah pudar walau sedetik mengenangkan kenangan suka duka bersama.

"Rasa terkilan melihat ada beberapa cita-cita dan impiannya yang tak sempat tercapai," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia


Izwan terkena jangkitan kuman dalam darah dan kencing tikus.

Penyanyi Izwan Pilus meninggal dunia pada 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing tikus.

Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa jam dimasukkan ke wad.

Dalam pada itu Aril berkata, dia terlalu menyayangi lelaki itu dan sentiasa mendoakan allahyarham berada dalam kalangan orang beriman.

"Semoga tenang rohnya bersama orang-orang yang beriman, aku sayang abang aku sorang ni. Kalau aku pergi dulu, aku nak baring sebelah kau jugak ye bang.. aku sentiasa doakan kau.

"Aku tak leh tulis panjang-panjang la, mencurah air mata aku," ujarnya.

Aril Pilus , Izwan Pilus

Lebih Artikel

Ibu muda lahirkan bayi kembar tujuh