Tya Ariffin terkesan, filem tsunami lakonannya di Anyer benar-benar berlaku - Hiburan | mStar

Tya Ariffin terkesan, filem tsunami lakonannya di Anyer benar-benar berlaku

Tya bawa watak utama dalam filem pendek itu.

ISTERI Asyraf Khalid yang juga pelakon dari Indonesia iaitu Tya Ariffin berkata filem pendek lakonannya berjudul Earthbound berkaitan tsunami seolah-olah menjadi kenyataan apabila kejadian itu berlaku pada pagi Sabtu lalu.

Tya berkata, penggambaran yang dilakukan pada empat tahun lalu dilakukan di lokasi yang sama iaitu di Pulau Anyer, Banten, Indonesia.

"Empat tahun lalu, saya dan teman-teman menjalani penggambaran filem pendek tentang tsunami yang berjudul Earthbound.

"Bukan bermaksud untuk mengaitkan dengan musibah tsunami saat ini, tetapi lakosi penggambaran kami dengan musibah tsunami adalah sama iaitu Pulau Anyer," tulisnya.

Tsunami yang berlaku jam 9.27 malam, Sabtu lalu itu disebabkan gelombang kuat di perairan Selat Sunda dan berlakunya letusan di Gunung Anak Krakatau.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima anggota kumpulan Seventeen hilang dibadai tsunami

ARTIKEL BERKAITAN: Ifan (Seventeen) cerita detik dibawa arus tsunami, capai kotak selamatkan diri

Tya sedih dengan kejadian tsunami yang melanda Selat Sunda pada Sabtu lalu.

Sehingga kini, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia mencatatkan seramai 429 orang telah terkorban, manakala 1,485 cedera dan lebih 800 rumah musnah.

Selain itu, tiga ahli kumpulan Seventeen dan isteri vokalisnya Ifan iaitu Dylan Sahara turut meninggal dunia dalam kejadian itu.

Filem pendek berdurasi 25 minit itu merupakan arahan Robin Shou dan dilakonkan oleh Tya Arifin, Reza Nangin, Bima Azriel dan Teuku Rifnu Wikana.

Dalam pada itu Tya berkata, dia berasa turut berasa terkesan dengan kejadian yang berlaku itu.

"Hati saya merasa lebih dekat dengan korban musibah tsunami di Tanjung Lesung, Anyer, ini.

"Filem ini saya dan teman-teman dedikasikan sebagai tanda belasungkawa kemi terhadap korban musibah Tsunami Anyer dan untuk semua peringatan kita betapa kuasanya Allah swt," ujarnya.

Filem pendek itu mengisahkan seorang wanita bergaduh dengan suaminya sebelum meninggal dunia akibat tsunami menimpa perkampungan mereka secara tiba-tiba.

Tya Ariffin , Tsunami Selat Sunda

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain