“Beliau sangat lembut hati dan baik orangnya” - Ustaz Ebit Lew kagum sifat Awie ketika ziarahnya di hospital - Hiburan | mStar

“Beliau sangat lembut hati dan baik orangnya” - Ustaz Ebit Lew kagum sifat Awie ketika ziarahnya di hospital

Awie dimasukkan ke pusat perubatan selepas mengadu sakit atas perut, dada dan belakang.

PENYANYI Datuk Awie yang kini dimasukkan ke pusat perubatan di Ampang sejak empat hari lalu baharu sahaja pulang daripada program jelajah bermotosikal melibatkan 30 buah masjid di Utara tanah air.

Menurut pendakwah popular Ebit Lew atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew, vokalis kumpulan Wings yang juga baharu pulang menunaikan umrah turut memberi sumbangan di setiap masjid yang dikunjunginya.

"Sebak tengok Awie walaupun sedang sakit di wad beliau masih memberi senyuman dan rindukan nasihat yang baik.

"Beliau baru balik program motor jelajah 30 masjid di Utara dan juga baru balik umrah. Beliau beri sumbangan di setiap masjid yang beliau pergi," tulisnya di Instagram pada Rabu.

Status ustaz Ebit Lew pada Rabu.

Menerusi laporan sebuah portal berita, Awie mengadu sakit di bahagian atas perut, dada dan belakang badan sebelum dikejarkan ke pusat perubatan berkenaan.

Bagaimanapun sehingga kini belum mendapat sebarang keputusan ujian daripada doktor terhadap penyakit yang dihidapi.

"Doktor masih mengesan apa puncanya. Saya tak boleh nak cakap sakit apa,” kata pengurusnya, Ejat.

Sementara itu, Ebit yang menziarahi penyanyi itu berkata, Awie berazam untuk melakukan lebih banyak kerja-kerja amal pada masa akan datang.

"Semua ujianNya kerana Allah sayang, beliau berazam untuk beri lebih lagi untuk kerja-kerja dakwah. Allahuakbar... Beliau sangat lembut hatinya dan baik orangnya.

"Pohon doakan beliau cepat sembuh. Ya Allah sembuhkanlah Datuk Awie dan berilah keberkatan dalam hidupnya serta pilihlah beliau jadi seperti Matahari hidayah," tulisnya.

Ustaz Ebit Lew merupakan pendakwah popular.

Sebelum ini dalam satu kenyataan media, Awie memaklumkan dia tidak dapat memenuhi undangan nyanyian bersama Dragon Malaya di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang, yang sepatutnya berlangsung 9 malam Ahad.

"Dengan rasa berat hati dimaklumkan tahap kesihatan Datuk Awie tidak mengizinkan beliau untuk memenuhi persembahan bersama Dragon Malaya sempena Pesta Pulau Pinang.

"Selepas mendapat nasihat daripada doktor, Datuk Awie perlu mendapatkan rawatan dan rehat yang secukupnya,” kata kenyataan itu.

Awie , Ebit Lew

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain