“Putra Asytar jadilah anak yang sentiasa mendahulukan Allah dan Rasulullah”

Putra Amaris memangku bayi lelakinya, Putra Asytar. Foto Instagram @amaris.official

HAMPIR sebulan selepas menimang cahaya mata pertama, pelakon Putra Amaris akhirnya memuat naik gambar bersama bayi lelakinya yang diberi nama Putra Asytar.

Namun apa yang menjadi perhatian, kapsyen ditulis pada gambar tersebut menyentuh hati apabila Amaris meninggalkan pesanan kepada Asytar.

Dalam status itu, Amaris berkata, sebagai bapa tiada apa yang diharapkan daripada anak kesayangannya itu, selain berharap Asytar sentiasa menjadi anak yang mendahulukan Allah SWT dan Rasulullah SAW.

"Tiada apa yang daddy dan ibu harapkan selain Asytar menjadi anak yang sentiasa mendahulukan Allah dan Rasulullah.

"Anak yang faham agama, menyenangkan dan membahagiakan semua orang," katanya.

Amaris dan Syazwani berkahwin pada 5 Januari 2018.

Amaris turut menyatakan rasa syukur bayinya dilahirkan pada hari kelahiran lelaki teragung iaitu Nabi Muhammad SAW iaitu pada 20 November 2018 bersamaan 12 Rabiuawal 1440 Hijrah.

Dalam pada itu, Amaris memberitahu dia dan isteri, Nur Syazwani Alias sepakat memilih nama Asytar yang membawa maksud putera yang menawan.

"Putra Asytar anak... Sesuai dengan namamu yang membawa maksud putera yang menawan, ibu dan daddy harap baby Putra akan menawan akhlak, menawan adab, menawan ilmu, menawan dari segala sudut.

"Jadilah lelaki yang mewarisi akhlak baginda Rasulullah SAW, semoga Asytar menjadi asbab ibu daddy ke syurga Allah kelak. Amin," tulisnya lagi.

Amaris dan Syawani bertunang pada 13 Ogos 2017 dan berkahwin pada 5 Januari 2018 di kediaman keluarga wanita itu di Batu Pahat, Johor.

Putra Amaris, Putra Asyraf

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain