suria

Dulu orang tanya mana Siti Nurhaliza, tapi sekarang cari Aafiyah pula!

Rozi bersama Siti Nurhaliza dan Siti Aafiyah. Foto Instagram @ctdk

APABILA seseorang selebriti dikurniakan cahaya mata, secara tidak langsung anak mereka turut mendapat perhatian peminat dan tentu sekali hal sama berlaku kepada Siti Aafiyah, puteri penyanyi terkemuka negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Menerusi muat naik di Instagram pengurus kepada Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak, dia berkongsi kisah yang disifatkan peminat sebagai lucu dan mencuit hati.

"Aafiyah... dulu kalau orang kenal Mak Rozi, jumpa kat mana-mana orang akan tanya mana Siti Nurhaliza, tapikan sekarang ni orang akan tanya mana Aafiyah, Aafiyah sihat?

ARTIKEL BERKAITAN: Foto Aafiyah dikongsi selepas dapat izin suami - Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza kurang kongsi foto Aafiyah elak jadi bahan umpatan

"Itulah penangan Aafiyah dah jatuhkan ranking ibu Aafiyah tau," tulis Rozi di laman tersebut.

Perkongsian Rozi di Instagram.

Populariti Siti Aafiyah yang kini berusia sembilan bulan dapat dilihat dengan kewujudan banyak akaun palsu yang dicipta menggunakan nama dan fotonya di Instagram.

Sebelum ini menerusi laporan mStar Online, Siti Nurhaliza berkata dia tidak kisah dengan kemunculan akaun yang menggunakan nama dan gambar anaknya itu.

Namun, penyanyi lagu Anta Permana ini melarang individu yang mewujudkan akaun tersebut dengan niat tidak baik atau menjual produk.

"Banyak fake account menggunakan nama Aafiyah di Instagram, kalau mereka cipta sekadar untuk abadikan foto sahaja tak ada masalah.

"Tapi saya tak nak mereka menggunakan akaun tersebut untuk menjual produk atau niat yang tidak baik," katanya.

Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah

Artikel Lain