Muka Shaheizy Sam dah macam mayat gara-gara tersilap diet - Hiburan | mStar

Muka Shaheizy Sam dah macam mayat gara-gara tersilap diet

Shaheizy Sam behadapan detik cemas ketika berlakon 'Pois Evo 2'. FOTO: SAMUEL ONG

PETALING JAYA: Pelakon Shaheizy Sam pernah dimasukkan ke hospital akibat mengamalkan diet yang salah sehingga menyebabkan badannya kurang air.

Sam, 36, berkata kejadian itu berlaku ketika dia berada di pusat kecergasan sehari sebelum menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 yang berbakikan beberapa hari.

Menurut Sam, dia sempat menghubungi kru produksi dan pelakon Zizan Razak yang turut berlakon bersama untuk datang menbawanya ke hospital selepas kedua-dua kakinya kebas manakala wajahnya bertukar pucat.

“Saya ada amalkan diet selama dua bulan dan saya tersalah susun atur penjagaan makanan dan minuman sehinggakan badan jadi kurang air. Makan tak menentu dan ada masa saya bertahan tanpa minum air beberapa hari.

“Sehari sebelum saya kembali ke set untuk menghabiskan baki penggambaran filem Polis Evo 2, saya pergi ke gimnasium untuk berlari sebab dapat rasa badan tak bersedia lagi untuk penggambaran.

“Tapi tak sangka nak jadikan kebetulan, tempat tu tak ada ruang udara untuk keluar. Kaki saya jadi kebas dan sukar bernafas. Saya hubungi terus kru produksi dan Zizan.

Barisan pelakon dan mereka yang terlibat dalam Polis Evo 2.

“Mereka datang dan tengok muka saya macam mayat sebab dah pucat teruk. Terus mereka segera bawa ke hospital,” kata Sam kepada mStar Online.

Sam ditemui ketika sidang media pelancaran filem Polis Evo 2 di The Gasket Alley di sini pada Jumaat.

Kata Sam lagi, sebaik sahaja tiba di hospital seluruh badannya menjadi kebas sehingga dia tidak dapat bergerak.

Biarpun sepatutnya pelakon filem Pinjamkan Hatiku ini perlu berehat lama di hospital namun disebabkan terlalu komitmen terhadap kerja, dia meminta kebenaran doktor untuk dilepaskan pada keesokkan harinya.

“Sampai sahaja di hospital, seluruh badan saya jadi kebas dan saya tak boleh bergerak. Doktor pun masukkan air dalam badan dan dia suruh saya berehat lama.

“Tapi memikirkan saya ada lagi penggambaran yang perlu dijalankan keesokan harinya, saya minta juga kebenaran doktor untuk keluar dari hospital secepat mungkin.

“Kalau ikutkan, penggambaran bermula pukul 6 pagi tapi pihak produksi membenarkan saya berehat selama 12 jam dan masuk semua set pukul 12 malam,” ujarnya.

Sam menjalani penggambaran filem aksi itu selama tiga bulan dan tamat pada Januari lalu dan filem itu akan ditayangkan pada 22 November depan.

Shaheizy Sam , Polis Evo 2

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain