Reputasi 3 dekad terjejas gara-gara disaman Datuk Rafiena - Hiburan | mStar

Reputasi 3 dekad terjejas gara-gara disaman Datuk Rafiena

Pelakon Didie Alis mahu bangkit semula selepas repuitasinya terjejas akibat kes saman. FOTO: Mohd Al-Qayum Azizi

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Didie Alias memberitahu sepanjang setahun lalu dia berhadapan dengan pelbagai tohmahan ekoran saman sivil yang difailkan penerbit Datuk Rafiena Ezanne Ramli.

Didie, 44, berkata, gara-gara kes itu reputasinya selama tiga dekad sebagai anak seni musnah apabila ramai pihak hilang kepercayaan kepadanya tanpa mengetahui situasi sebenar.

“Sepanjang setahun lalu memang reputasi saya terjejas teruk dan usaha saya membina nama dalam bidang seni selama tiga dekad seolah-olah sia-sia.

“Ramai pihak yang hilang kepercayaan terhadap saya dan paling menyedihkan ada yang terus menjatuhkan hukum walaupun kes itu masih belum disebut di mahkamah,” katanya.

Didie Alias (kiri) bersyukur kesnya selesai.

Didie ditemui pada sidang media dan majlis kesyukuran yang diadakan pada petang Jumaat.

Turut hadir pada acara itu adalah peguamnya, Azlan Abdul Razak, aktres Amyza Aznan serta anak-anak Rumah Kasih Nurul Hasanah.

Pada 2 Oktober lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam dekat sini menolak saman sivil Rafiena dan syarikat Dark Wave Picture terhadap Didie dengan kos RM10,000 selepas penerbit itu gagal membuktikan tuntutan-tuntutan terhadap Didie.

Rafiena atau Rafena Ezanee Ramli mengemukakan saman terhadap Didie berikutan dakwaan berlakunya pelanggaran kontrak dan pengaiban terhadap dirinya.

Mengimbau detik hitam itu, Didie berkata selepas berita dia disaman penerbit itu, namanya pernah digugurkan sebagai hos sebuah program sehari sebelum penggambaran dimulakan walaupun persiapan sudah dilakukan.

Didie (tujuh dari kiri) bersama anak-anak dan wakil Rumah Kasih Nurul Hasanah.

Malah kata Didie, namanya juga sering ditolak oleh stesen televisyen untuk program atau drama tanpa diketahui puncanya.

Dalam pada itu, Didie berkata, pihaknya dan Rafiena pernah cuba menyelesaikan kes itu menerusi proses mediasi sebelum perbicaraan namun gagal.

“Pernah kami bersama peguam masing-masing duduk berbincang untuk selesaikan di luar mahkamah tetapi hasilnya gagal.

“Pun begitu akhirnya kes ini selesai dengan baik dan apa paling penting saya dapat bersihkan nama dan reputasi saya yang terjejas,” ujarnya.

Sementara itu, Didie berkata, kejadian itu dijadikan pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati dan akan memastikan setiap projek diterimanya mempunyai kontrak agar tidak timbul sebarang masalah.

Enggan berpaling ke belakang, Didie berkata fokusnya kini adalah untuk meneruskan kariernya seperti biasa.

Didie Alias , Rafiena

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain