suria

‘Hantu Kak Limah’ pecah rekod ketiga raih RM9 juta

Hantu Kak Limah turut menampilkan pelakon Zul Ariffin.

FILEM Hantu Kak Limah (HKL) terus mendominasi kutipan di pawagam apabila ia memecahkan rekod ketiga dengan catatan RM9 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan.

Ia sekali gus menjadikan HKL yang mula ditayangkan pada 8 Ogos lalu sebagai filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi selepas empat hari tayangan.

Penerbit Eksekutif, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, pihaknya turut menambah jumlah pawagam menjadi 137 di seluruh Malaysia dan Brunei.

Manakala, peminat Singapura boleh mula menonton filem HKL di pawagam berhampiran bermula 16 Ogos ini.

Hantu Kak Limah filem tempatan raih kutipan tertinggi hari pembukaan.

Sebelum ini, filem arahan Mamat Khalid itu berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650 ribu di hari pembukaannya pada Rabu lalu.

Kejayaan filem itu berganda apabila berjaya mendapat kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama ia ditayangkan umum pada Khamis.

Hantu Kak Limah dibarisan pelakon terkenal seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May dan ramai lagi.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini turut menampilkan pelakon Erra Fazira, Datuk Seri Vida dan Jue Aziz turut muncul sebagai tetamu istimewa

Hantu Kak Limah

Artikel Sebelum

Artikel Lain