suria

“Jangan guna gambar aku!” - Ifa berang foto disalah guna produk kurus

Ifa Raziah berang foto peribadi disalah guna individu tidak bertanggungjawab.

PENYANYI Ifa Raziah memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah produk kurus yang menggunakan foto-fotonya dengan tujuan promosi.

Ifa, 44, berkata, dia memberi tempoh 24 jam agar pemilik produk tersebut memadam foto-foto peribadinya jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan saman.

"Hello kalau nak buat bisnes tak salah pun tapi jangan nak ambil kesempatan guna gambar aku jadikan model produk kau.

"Orang jual produk kurus kau pun nak jual juga tapi nak curi gambar aku. Kalau kau nak sangat aku jadi duta produk kau bayarlah berjuta dekat aku," tulisnya.

Ifa mendedahkan perkara itu di Instagram miliknya.

Penyanyi Terus Terang itu menegur perbuatan tidak bertanggungjawab itu di laman sosial Instagramnya pada Sabtu.

Ifa turut meminta pihak berkenaan membuktikan jika benar dia pernah menggunakan produk berkenaan untuk kurus.

"Sila buktikan bila masa aku minum produk kau dan bila pula aku tandatangan untuk jadi duta produk kau tu," ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi berkongsi rahsia mengurangkan berat badan dengan hanya memakan buah-buahan serta minum air kosong.

Teknik yang diamalkan itu ternyata berkesan dan berhasil apabila berat badanya turun daripada 72 kilogram kepada 58 kilogram.

Ifa juga berkata, dia hanya mengamalkan produk keluaran sendiri, Diva's Secret.


Ifa Raziah

Artikel Lain