Kecewa buat Amerul Affendi semakin hilang minat berlakon - Hiburan | mStar

Kecewa buat Amerul Affendi semakin hilang minat berlakon

Amerul Affendi enggan fikir tentang dikriminasi dalam industri.

PELAKON Amerul Affendi memberitahu rasa kecewa terhadap industri lakonan membuatkan keghairahannya dalam bidang tersebut semakin pudar.

Amerul Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 30, berkata, perkara itu membuatkan dia tidak mahu terlalu memikirkan hal-hal tersebut.

"Saya masih lagi struggle berada dalam industri in i tapi ia sudah sampai satu tahap yang saya malas nak fikir.

"Sejujurnya minat dalam bidang ini juga semakin berkurangan dan hanya rakan-rakan membuatkan saya terus berada di sini," ujarnya kepada mStar Online.

Amerul ditemui pada majlis pelancaran filem berjudul Bikin Filem yang diadakan di The Strand, di sini, Jumaat.

Amerul bersama beberapa pelakon popular dalam filem Bikin Filem.

Pelakon Mandatori ini pernah meluahkan rasa kecewa apabila namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen televisyen jika dicadangkan untuk terlibat dalam drama yang akan disiarkan stesen tersebut.

Amerul berkata, perkara tersebut akan berterusan selagi tiada pihak sama ada kerajaan atau badan bukan kerajaan yang tampil membela nasib pengiat seni secara serius.

"Keadaan akan sama sahaja selagi tiada NGO atau keraaan ambil peduli untuk perjuangkan nasib dan kebajikan kami," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang filem Bikin Filem, Amirul berkata, filem berkenaan adalah sindiran kepada permasalahan yang melanda industri perfileman negara ini.

Katanya, ia berkaitan sistem bekerja yang tidak efisyen dan memberi kesan kepada kerjaya seseorang artis.

"Filem ini boleh diistilahkan membuka pekung di dada, ia sebuah komedi yang menyentuh hal-hal yang berlaku dalam industri kita.

"Apa yang kami hadapi yang penonton tidak tahu," ujarnya.

Filem tersebut turut dilakonkan oleh barisan pelakon popular seperti Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhan Rani dan Mark Adam.

Amerul Affendi

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain