PETALING JAYA: Bapa kepada pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah iaitu Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman meninggal dunia pada pukul 9.15 malam Khamis di Hospital Ampang.
Shahirah yang juga kakak kepada aktres Sharifah Sakinah, menerusi Instagram berkata, Allahyarham dimasukkan ke hospital dua hari lalu akibat jangkitang kuman pada paru-paru.
“Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati telah selamat ke rahmatullah pada pukul 9.15 malam, 11 Januari 2018 di Hospital Ampang di samping isteri, anak-anak dan sanak-saudara.
Sharifah Shahirah bersama adiknya Sakinah dan ibu mereka.


