suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tegur Biar Beradab” - Zara Zya

Pemampilan terbaharu Zara Zya dikritik pengikutnya di Instagram. Foto Instagram @zarazya

BELUM reda kecaman netizen gara-gara isu artis Kpop, pelakon Zara Zya sekali lagi menerima kritikan gara-gara memuat naik foto berbaju ketat di Instagram miliknya pada Rabu.

Zara, 33, menerusi laman sosialnya itu meluahkan rasa kecewa dengan teguran segelintir pengikutnya yang dirasakan melampau batas dan biadab.

"Kalau nak tegur boleh. Apa awak rasa kalau orang hina dan maki awak?

"Bahasa tu jaga sikit, tegur manusia lain biar beradab. Kenapa nak kurang ajar?," tulisnya.

Zara Zya membalas kritikan netizen.

Foto tersebut menerima lebih 35,000 likes dan 600 komen netizen.

Segelintir netizen memberi komen negatif terhadap penampilan aktres itu yang dikatakan memakai baju ketat sehingga menampakan bentuk badan.

Terdapat juga netizen yang menganggap penampilan aktres semakin seksi selain warna rambutnya juga sudah berubah berbanding awal kemunculannya sebagai pelakon.

Bagaimanapun, Zara berkata, penampilan dan gaya rambutnya adalah sekadar mengikut tuntutan watak yang perlu dijayakan dalam sesebuah drama.

"Saya warna rambut untuk watak saya. Kalau awak ikut perkembangan saya awak mesti tahu," ujarnya.

Zara Zya

Artikel Sebelum

Farid Kamil Sah Positif Dadah

Artikel Berikut

Artikel Lain