Mesej Lucah? Ia Bukan Kali Pertama - As'ad Motawh

As'ad terkejut ada individu menyamar menjadi dirinya di Instagram. Foto Instagram: @asad.motawh

PENYANYI As'ad Motawh terkejut apabila mengetahui ada individu menyamar menjadi dirinya dengan menghantar mesej peribadi berunsur lucah di laman Instagram.

As'ad berkata, dia baru mengetahui perkara itu dan ia bukan kali pertama berlaku.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara ini dan saya tak pernah hantar mesej lucah seperti itu pada mana-mana individu.

ARTIKEL BERKAITAN: As'ad Motawh Jadi Buruan Pelakon Indonesia

As'ad terkejut dengan kiriman paparan skrin mengaitkan dirinya di Instagram.

"Ini bukan kali pertama saya kena macam ni. Sebelum ni pun ada yang mencipta perbualan palsu mengakui itu adalah saya," katanya kepada mStar Online.

Semalam, tersebar foto paparan skrin perbualan As'ad dengan seorang pengguna Instagram yang dihantar menerusi mesej peribadi.

Paparan tersebut menunjukkan akaun bernama @asad.motawh menghantar mesej berbaur lucah kepada pemilik Instagram berkenaan.

Akaun palsu yang menyamar sebagai As'ad Motawh.

Apa yang membuatkan ia menjadi tanda tanya ialah akaun palsu @asad.motawh tersebut tidak mempunyai pengesahan tanda biru (blue tick verified) seperti akaun asal penyanyi berusia 17 tahun itu.

Sementara itu, remaja berdarah kacukan Melayu dan Arab ini memberitahu, sebelum ini dia pernah menerima fitnah yang lebih buruk.

"Kalau nak tahu, pelbagai fitnah dan tuduhan yang lebih teruk saya pernah terima dulu.

Ini bukan kali pertama As'ad menjadi mangsa fitnah individu tidak bertanggungjawab.

"Orang yang kenal akan tahu saya bukan begitu. Saya tak akan menggunakan ayat-ayat macam itu.

"Saya masih tahu batas perbualan dan tak mungkin saya nak hantar mesej memalukan kepada orang yang tidak dikenali," ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Senyum ini mengakui kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab itu.

Akaun original As'ad Motawh dengan tanda biru pengesahan.

Dia turut berharap individu berkenaan menghentikan perbuatan tidak bermoral tersebut.

"Sejujurnya, saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan tertanya-tanya kenapa saya yang harus menjadi mangsa.

"Harapan saya semoga perkara ini tidak berulang dan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab tu, janganlah buat fitnah lagi," katanya.

As'ad Motawh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain