Farahdhiya Naik Angin Kerana Kuali Buruk - Hiburan | mStar

Farahdhiya Naik Angin Kerana Kuali Buruk

Farahdhiya dikecam kerana menggunakan kuali buruk.

PETALING JAYA: Penyanyi Farahdhiya menggunakan kuali buruk ketika memasak di rumah bukan kerana tidak mampu untuk membeli peralatan memasak itu.

Farah, 33, berkata, dia selesa untuk menggunakan kuali kegemarannya biarpun mempunyai pelbagai jenis koleksi kuali lain.

"Itu kuali kegemaran saya, bukan sebab tidak boleh beli kuali lain, macam-macam kuali saya ada, u name it.

"Saya seorang pengumpul kuali tapi yang buruk ini juga kegemaran saya," ujarnya.

Farah memuat niak video masakan di Instgaram miliknya malam Khamis.

Farah atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohamed Amin membalas komen natizen yang menegur tentang kuali yang digunakan ketika memasak.

Menerusi video memasak berdurasi satu minit itu, Farah menunjukkan aksi memasak Ayam Sambal atas permintaan bapanya untuk hidangan makan malam.

Penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu menambah, dia tiada masalah untuk menggunakan kuali buruk setiap kali memasak untuk keluarga.

"Kuali buruk tidak melambang apa-apa, yang penting dapur berasap, jangan hanya pandai menilai.

"Jika tidak suka pakai kuali buruk itu adalah masalah awak. Pelik betul manusia macam awak ni, kuali orang pun nak sibuk," ujarnya.

Farahdhiya

Artikel Sebelum

“Jangan Babitkan Arwah Bapa” - Syura

Artikel Berikut

Artikel Lain