Sheila On 7 Anggap Mereka Masih Relevan - Hiburan | mStar

Sheila On 7 Anggap Mereka Masih Relevan

Sheila On 7 masih menerima tawaran nyanyian dan relevan dalam pasaran semasa. Foto: NORAFIFI EHSAN / THE STAR

KUALA LUMPUR: Kumpulan muzik dari Indonesia yang pernah popular dengan lagu Sephia iaitu Sheila On 7 memberitahu mereka masih aktif menerima undangan nyanyian biarpun kurang popular.

Pemain besnya, Adam Subarkah berkata, buat masa ini mereka masih belum terfikir untuk bersara selepas 22 tahun menubuhkan kumpulan berkenaan.

"Kami masih bersama dan aktif menerima undangan di seluruh Indonesia. Sebulan lebih kurang 12 hingga 13 undangan nyanyian.

"Setakat ini tidak pernah lagi terfikir untuk berpecah dan buat kerja lain kerana selepas tamat belajar sahaja sudah jadi pemuzik," ujarnya kepada mStar Online.

Adam dan Erros (gitaris) ditemui pada sidang media Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur 2018 yang berlangsung pada Jumaat.

Kumpulan Sheila On 7 tidak sabar menghiburkan peminat di Malaysia.

Kumpulan ini turut dianggotai oleh vokalisnya iaitu Duta dan Brian (pemain drum) yang tidak hadir atas sebab tertentu.

Kumpulan itu bakal mengadakan konsert di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall pada 10 Februari depan.

Tambah Adam, kehadiran pelbagai kumpulan-kumpulan baharu tidak menjejaskan kerjaya, sebaliknya memberi saingan secara sihat.

"Kami melihat perkara itu bukan menjejaskan tetapi ia lebih memberi ruang dan pelbagai pilihan muzik kepada masyarakat," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Eross berkata, kumpulan itu kini bergerak secara sola tanpa bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman.

Adam (kiri) dan Erros ditemui pada sidang media Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur 2018.

Katanya, ia merupakan fasa percubaan bagi mereka untuk menguruskan kerjaya sebi tersebut sendiri.

"Sekarang kami adalah kumpulan Indie yang bergerak sendiri tanpa bernaung dengan mana-mana label. Sebelum ini kerjaya kami diuruskan oleh Sony Music.

"Kami rasa sudah tiba masa untuk cuba mengurus sendiri dan sudah belajar tentang selok beluk industri sejak lebih 20 tahun.

"Namun begitu, kami juga tidak menolak andai beberapa tahun akan datang untuk bernaung semula di bawah syarikat rakaman jika ia lebih baik daripada bergerak sendiri," ujarnya.

Selain itu, Penerbit Eksekutif Shiraz Projects Sdn Bhd, Shirazdeen Karim berkata, permintaan tinggi untuk melihat kumpulan ini beraksi di Malaysia menandakan mereka masih lagi relevan.

Shirazdeen Karim (kiri) yakin Sheila On 7 masih mempunyai kelompok peminat tersendiri dan kekal relevan.

Katanya, tiket berharga RM85 hingga RM215 sudah pun terjual sebanyak 2,000 keping.

Manakala, tiket paling mahal iaitu RM315 (Meet & Greet) kini hanya tinggal 20 keping sahaja lagi.

"Pada konsert tahun 2016 yang diadakan di lokasi yang sama mendapat sambutan baik dan menyebabkan saya yakin untuk membawa mereka kembali pada tahun ini.

"Alhamdulillah, tiket sudah terjual dan hanya 20 sahaja lagi untuk tiket eksklusif bertemu mereka secara langsung," ujarnya.

Sheila On 7

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut