Bagaimana Foto Seksi Elvina Tersebar? - Hiburan | mStar

Bagaimana Foto Seksi Elvina Tersebar?

Elvina Mohamad

KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Elvina Mohamad memohon maaf kepada semua pihak ekoran isu beberapa keping gambarnya berpakaian seksi ketika menyambut tahun baharu 2018 di Langkawi, Kedah, baru-baru ini tular.

Elvina, 23, yang dikecam teruk berikutan isu itu menyesali kecuaiannya kerana memuat naik gambar-gambar tersebut di akaun Instagram peribadinya.

"Saya akui itu memang gambar saya cuma saya tidak tahu bagaimana dan siapa yang menyebarkannya sebab gambar-gambar itu saya muat naik di akaun (peribadi) saya.

"Bukannya saya muat naik pada akaun umum jadi terkejut juga ia boleh tersebar. Saya tidak mahu tuding jari kepada sesiapa tapi ia berlaku kerana kecuaian saya sendiri.

"Maafkan kesilapan saya jika gambar-gambar itu menimbulkan kemarahan atau mengguris hati mana-mana pihak terutama peminat," katanya kepada mStar Online.


Elvina (kiri) bersama rakan-rakannya. Dia hairan bagaimana gambar peribadi ini tersebar.

Gambar-gambar pelakon siri Shhh I Love You yang berpakaian seksi dan memegang vape ketika sambutan tahun baharu itu difahamkan dimuat naiknya ke akaun Instagram peribadi.

Menurut Elvina atau Norzalina Mohamad ia untuk koleksi peribadi semata-mata. Malah, pengikut akaun itu hanya terdiri daripada keluarga dan rakan rapat saja.

Katanya lagi, kejadian itu memberi pengajaran besar untuk pelakon baharu sepertinya.

"Saya ke sana (Langkawi) untuk sambut tahun baharu dengan kawan-kawan perempuan sebab kebetulan saya dapat cuti daripada penggambaran baru-baru ini.

"Kami hanya berseronok dan berehat saja dan tak buat benda bukan-bukan atau buat sesuatu yang boleh menimbulkan masalah.

"Tapi saya cuai sebab tak sensitif dengan gambar-ambar itu. Saya belajar daripada kesilapan dan berharap hal ini tak berpanjangan," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf terbitan JS Pictures bagi tayangan RTM pada Ramadan nanti.

Elvina Mohamad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain