suria

Johan Tak Sengaja Dedah Ozlynn Hamil?

Ozlynn dikatakan sedang hamil anak kelima. Foto Instagram: @jozlynnhanania

PELAWAK dan penyampai radio Era FM, Johan dikatakan secara tidak sengaja mendedahkan isterinya, Ozlynn Wati kini sedang hamil anak kelima.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram pasangan itu, Johan seperti memberi tanda mengenai berita gembira tersebut.

"Mengenangkan saja ini. Diorang dah tahu belum?" kata Johan.

Rata-rata netizen beranggapan 'mengenangkan' itu bermaksud Johan sedang memikirkan keadaan Ozlynn yang berbadan dua.

Malah, ada juga yang terlebih dahulu mengucapkan tahniah jika spekulasi tersebut adalah benar.

"Dengar macam sis pregnant ja ye. Hehe tapi tak nak beritahu lagi ye.

"Haha. Wah nak dapat baby baru lagi ke? Tahniah.

"Berbadan dua ye. Abang Johan dah terlepas cakap. kalau betul tahniah. Alhamdulillah," kata beberapa pengikut di laman Instagramnya.

Bagaimanapun, Ozlynn hanya meminta Johan supaya mendiamkan perkara tersebut.

Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq.

Johan, Ozlynn Wati

Artikel Sebelum

Mawar, Raf Kini Suami-Isteri

Artikel Berikut

Artikel Lain