suria

Hafiz Suip Insaf Selepas Ikat Dumbel Di Perut

Hafiz Suip teruja bakal bergelar bapa.

PENYANYI Hafiz Suip memberitahu dia pernah mengikat dumbel seberat satu kilogram di perutnya bagi merasai bebanan dilalui oleh isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah yang kini hamil anak pertama mereka.

Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 27, berkata, pengalaman membawa beban itu benar-benar menginsafkan dirinya sebagai lelaki dalam menghargai pengorbanan seorang wanita ketika hamil.

"Ini tidak main-main, saya pernah mengikat dumbel di perut dan pengalaman satu hari pun sudah cukup menginsafkan saya.

"Saya jadi sayu mengenangkan isteri terpaksa bawa beban yang semakin hari semakin berat sepanjang sembilan bulan demi melahirkan zuriat kami," katanya.

Hafiz banyak belajar sebelum bergelar bapa.

Pasangan itu yang berkahwin pada 14 Mei 2016 bakal menimang cahaya mata pertama pada awal tahun hadapan.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, dia kini banyak belajar mengawal sikap panas baran dan lebih banyak bersabar sebagai persediaan bergelar bapa.

Kata Hafiz, setiap kali perasaan marah datang dalam dirinya dia sentiasa berfikir mengenai kesusahan isteri dan sedaya upaya melunaskan semua permintaannya.

"Biasalah wanita mengandung ini banyak 'mood' yang tidak dijangkakan namun Alhamdulillah tidak ada yang pelik-pelik isteri minta.

"Cuma pernah sekali saya tersalah beli bahagian ayam kegemarannya dan dia minta saya belikan yang baru dan ketika inilah ujian buat saya.

Pasangan ini dijangka menimang cahaya mata pada awal tahun hadapan.

"Yang lucunya dalam dia marah itu... apabila saya pulang, bahagian ayam yang tidak digemarinya itu sudah pun habis dimakannya," cerita Hafiz.

Sementara itu, Hafiz berkata, sebagai persediaan dia banyak bertanya kepada rakan-rakan dan keluarga yang sudah mempunyai cahaya mata tentang cara menjaga bayi.

"Perasaan sekarang takut dan pada masa sama teruja tetapi rasanya sudah bersedia untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga kami.

"Saya pun banyak bertanya dengan kawan-kawan dan keluarga dan mereka memang membantu dengan pelbagai makluma," katanya.

Hafiz Suip

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Achey Tak Sangka Dapat Sejuta

Artikel Lain