suria

Dazrin Terkejut Isteri Hamil Empat Bulan

Dazrin tidak sangka isterinya kini hamil empat bulan. Foto Instagram:@dazrin88.

PELAKON Dazrin Kamarudin terkejut apabila doktor memberitahu isterinya, Nur Fazulin Razali disahkan hamil empat bulan.

Dazrin, 29, berkata dia tahu isteri sedang hamil namun hanya menyangka kandungannya baru tiga minggu.

"Saya terkejut apabila doktor beritahu yang kandungan isteri sudah memasuki empat bulan.

"Memang saya dah tahu isteri mengandung tapi ingatkan baru tiga minggu sebab tidak ada tanda apa-apa.

"Alhamdulillah, nasib baik bayi didalam kandungan sihat," kata Dazrin ketika dihubungi mStar Online.

Dazrin teruja dan tidak sabar menyambut kelahiran bayi sulungnya. 

Menurut Dazrin, dia dan isteri terlalu sibuk dengan pelbagai urusan membuatkan mereka tidak ada masa untuk melakukan sebarang pemeriksaan.

"Saya dan isteri sibuk sangat sebab itu masa dapat tahu isteri hamil tidak ada masa nak pergi jumpa doktor.

"Baru sekarang nak periksa, tiba-tiba dah empat bulan. Badan dia kecil sebab itu tak nampak sangat perut dia membesar," ujarnya.

Isteri Dazrin dijangka bersalin pada bulan April tahun hadapan. 

Dalam pada itu, Dazrin memberitahu isteri dia tidak mengalami sebarang alahan sepanjang mengandung.

Bayi sulung mereka dijangka lahir pada bulan April tahun hadapan dan mereka merancang untuk menyambut kelahiran tersebut di Melaka.

"Isteri saya tidak mengalami sebarang alahan pun sepanjang dia mengandung ini. Cuma biasalah rasa penat sahaja.

"Insya-Allah bayi sulung kami lahir pada bulan April tahun hadapan. Buat masa ini rancangan awal akan bersalin di Melaka," katanya.

Dazrin dah Zulin berkahwin pada 6 Mei 2017 di di Hotel Avillion Legacy Melaka.

Sementara itu, Dazrin kini sibuk menguruskan persiapan syarikat, produk penjagaan diri dan single terbarunya yang akan dilancarkan pada 29 November ini. 

"Buat masa ini saya sibuk dengan persiapan pelancaran syarikat, produk penjagaan diri dan single terbaru saya. 

"Insya-Allah akan dilancarkan pada 29 November ini," kata Dazrin.

Dazrin Kamarudin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain