suria

Indah Ruhaila Hanya Di Suku Akhir

Indah Ruhaila terpaksa akur gagal ke separuh akhir AF Megastar. Foto RICKY LAI

SHAH ALAM: Peringkat suku akhir AF Megastar menyaksikan peserta dari program Akademi Fantasia 2013 iaitu Indah Ruhaila tersingkir pada pertandingan yang diadakan di Royal Theater di sini malam Ahad.

Penyingkiran itu sekali gus menggagalkan Indah, 32, untuk bertanding peringkat separuh akhir pada minggu hadapan.

Pada malam suku akhir ini, Indah menyampaikan lagu nyanyian Allahyarham Puan Sri Saloma iaitu Mari Jalan Bersama, Gelora dan Bila Larut Malam mendapat markah terendah iaitu sebanyak 22.6 peratus.

Dua lagi peserta yang turut berada dikedudukan terendah pada minggu ini adalah Syamel dan Shahir dengan masing-masing hanya mendapat markah keseluruhan 46.3 peratus dan 34.4 peratus.

Indah gagal mara ke peringkat separuh akhir AF Megastar.

Bob yang menyampaikan lagu nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza iaitu Nirmala dan Balqis mendapat markah paling tinggi iaitu sebanyak 57.3 peratus manakala Marsha ditempat kedua (56 peratus) dan Idayu (55.3 peratus).

Dalam pada itu, Amir Jahari dipilih sebagai juara mingguan hasil daripada persembahan mantapnya menerusi lagu nyanyian asal Datuk Zainal Abidin iaitu Orak Arek dan Kau Di Hatiku.

Ini bermakna tujuh lagi peserta iaitu Idayu, Syamel, Bob, Marsha, Shahir, Amir dan Amir Jahari layak ke peringkat separuh akhir minggu hadapan.

Tujuh peserta mara ke peringkat separuh akhir.

Pada konsert minggu kelima itu menampilkan tema Ikon (Mash Up).

Kesemua persembahan peserta dinilai oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Puan Sri Tiara Jacquelina.

Juri profesional mewakili 60 peratus markah manakala selebihnya undian peminat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

AF Megastar disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dan ia dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi.

AF Megastar, Indah Ruhaila

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain