Aduh! Zulin Pula Mangsa Foto Lucah - Hiburan | mStar

Aduh! Zulin Pula Mangsa Foto Lucah

Zulin Aziz

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM Zulin Aziz menjadi mangsa individu tidak bertanggung jawab apabila beberapa keping gambar miliknya disunting menjadi foto lucah.

Zulin atau Farah Azleenda Abd Aziz 28, berkata, dia terkejut dengan perkara berkenaan dan tidak tahu tujuan sebenar individu yang disifatkan tidak waras itu.

"Saya terkejut apabila ada akaun menghantar gambar-gambar lucah dengan menampal muka saya dalam foto itu.

"Saya tidak tahu siapa punya kerja kerana saya rasa tidak pernah kacau hidup orang pun. Tidak tahu pula ada yang dengki dengan saya," ujarnya kepada mStar Online, pada Ahad.

Zulin berkata, individu itu menggunakan laman sosial Twitter palsu itu memuat naik beberapa keping gambar miliknya di laman sosial berkenaan dengan kapsyen lucah.

Dalam pada itu, Zulin berkata, ia merupakan kali pertama dia menerima gangguan lucah seperti itu sejak bergelar artis.

"Ini kali pertama saya kena gangguan lucah ini. Pada awalnya saya tidak perasan, namun bila beberapa keping dihantar, saya sedar ia adalah gambar yang memalukan.

"Dia juga turut menghantar video lucah di laman sosial yang sama," ujarnya.

Sementara itu, Zulin berkata, dia meminta peminat-peminat agar membuat laporan kepada pihak Twitter agar akaun palsu tersebut dipadamkan.

Terdahulu, selain Zulin, beberapa artis lain kebelakangan ini turut menjadi mangsa berkaitan imej lucah seperti Anding, Eyka Farhana dan Feeya Iskandar.

Zulin Aziz

Artikel Sebelum

Indah Ruhaila Hanya Di Suku Akhir

Artikel Berikut

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini