'Ibu Adalah Teman Baik Saya' - SonaOne - Hiburan | mStar

'Ibu Adalah Teman Baik Saya' - SonaOne

SonaOne menulis sebuah lagu tribut untuk ibunya berjudul Mama's Boy.

PETALING JAYA: Penyanyi rap SonaOne tidak berasa malu untuk mengakui dia adalah anak manja ibunya, June Lozach dan menganggap wanita berkenaan sebagai teman baiknya.

SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafee Michel Lozach, 27, berkata, dia sentiasa menjadikan ibunya sebagai tempat rujukan sekiranya mempunyai sebarang masalah dan wanita berkenaan sentiasa ada untuknya.

"Jika ditanya siapa sahabat saya, ibu adalah teman terbaik saya.

"Saya boleh bercakap hampir tentang semua perkara dengannya. Jika ada sebarang masalah ibu adalah tempat rujukan," katanya.

Dalam pada itu, SonaOne berkata, dia turut menulis sebuah lagu khas buat wanita berkenaan menerusi album terbaharunya, Growing Up Sucks berjudul Mama's Boy.

Katanya, lagu berkenaan adalah tentang perjalanan hubungan mereka dan ia adalah sebuah lagu tribut untuk ibunya.

"Jika peminat mendengar album terbaharu saya mereka akan faham tentang perjalanan yang perlu mereka tahu tentang hubungan saya dan ibu.

"Dia adalah peminat nombor satu saya dan tidak pernah berhenti daripada memberi sokongan tidak kira betapa besar atau susah impian saya.

"Saya menulis lagu ini untuknya dan untuk semua 'anak ibu' di luar sana kerana saya tidak keseorangan!," katanya.

Sementara itu, SonaOne turut menampilkan ibunya dalam muzik video lagu berkenaan yang baharu sahaja dilancarkan pada Jumaat lalu sebagai memberi penghargaan kepada wanita berkenaan bersempena Hari Ibu yang disambut pada Mei ini.

Video arahan Eman Azrin Azhar itu turut menampilkan rakaman video SonaOne bersama ibunya ketika dia masih kecil.

SonaOne , Mama's Boy

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).