suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gandingan L'Zzay & Noraniza Idris Bangkitkan Muzik Etnik Kreatif

L'Zzay dan Noraniza Idris tampil dengan single #MohonTerasa.

PETALING JAYA: Penyanyi baharu L'Zzay yakin single terbaharunya berjudul #MohonTerasa yang turut menampilkan Ratu Pop Etnik, Noraniza Idris bakal melonjakkan semula muzik Irama Malaysia yang pernah popular sebelum ini.

L'Zzay berkata, gandingan idea, suara dan penyampaian berbeza daripadanya dan Noraniza menjadikan lagu berkenaan unik tetapi masih mempunyai elemen tradisional.

"Saya memang minat dengan irama Malaysia sejak kecil dan menerusi lagu ini saya menggabungkan elemen R&B dan Zapin.

"Kolaborasi bersama Noraniza melengkapkan lagu ini dan diharap ia dapat mengembalikan kegemilangan muzik etnik kreatif di kalangan peminat," jelasnya.

#MohonTerasa adalah hasil ciptaan bersama L'Zzay dengan Rudy Abdul Halim dan Fedtri Yahya.

Bercakap lanjut mengenai #MohonTerasa, L'Zzay berkata, lirik yang ditampilkan berunsurkan nasihat dalam sindirian lembut hasil tulisannya bersama Fedtri Yahya.

"Lagu ini membawa maksud bibit-bibiT dan kelakuan muda-mudi sekarang yang ingin bercinta dan sedang hangat bercinta.

"Memang menjadi trend bagi anak-anak muda sekarang untuk menjadikan segala-galanya‘viral’ diiringi dengan tanda hashtag, maka lahirllah #MohonTerasa," katanya.

L'Zzay, Noraniza Idris, #MohonTerasa

Artikel Lain