Peminat Jangan Kecewa Jika Siti Nurhaliza Tewas Dalam Anugerah - Hiburan | mStar

Peminat Jangan Kecewa Jika Siti Nurhaliza Tewas Dalam Anugerah

Siti Nurhaliza ingatkan peminat tidak kecewa jika tewas.


PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah memaksa para peminat untuk mengundinya dalam mana-mana anugerah yang menuntut mereka berbuat demikian.

Malah, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 37, turut mengingatkan peminatnya agar tidak berasa kecewa jika dia tidak memenangi dalam kategori yang menyenaraikan namanya.

"Bagi saya anugerah yang melibatkan undian online ini adalah hadiah kepada peminat-peminat  kerana dengan cara ini sahaja mereka boleh terlibat untuk membuat pemilihan berbanding anugerah yang melibatkan juri profesional.

"Namun saya tidak pernah memaksa mereka untuk mengundi atau susun strategi agar saya menang dalam mana-mana kategori. Semua urusan itu saya serahkan kepada peminat kerana kalau menang pun untuk mereka dan kalah pun tidak mengapa," ujarnya kepada mStar Online.

Siti Nuhaliza diminta mengulas tentang pencalonan awal dua kategori untuknya dalam Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) iaitu Penyanyi Wanita Terbaik Pilihan Online dan Wanita Anggun Pilihan D'Nars anjuran mStar Online bersama Suria FM.

Tambah Siti, dia juga mengingatkan peminat-peminatnya agar tidak mempertikaikan keputusan undian jika dia tewas dengan mana-mana artis lain.

Siti Nurhaliza

"Kami ada prinsip dan falsafah sendiri dan mereka faham tentang itu, saya selalu ingatkan mereka kalau menang adalah rezeki dan kalau kalah pula, tidak boleh pertikaikannya.

"Lagi pula kemenangan dalam mana-mana anugerah bukan keutamaan saya kerana yang penting ialah peminat selalu menyokong kerjaya saya," ujarnya.

Bagaimanapun, Siti mengakui anugerah melibatkan undian peminat adalah salah satu cara untuk dia lebih dekat dengan peminat-peminatnya.

Dalam APO2016, Siti bersaing dengan lebih 30 penyanyi wanita dalam kategori Penyanyi Wanita Terbaik Pilihan Online.

Manakala, lebih 20 selebriti wanita kategori Wanita Anggun Pilihan Dnars.

APO2016 ketika ini melalui peringkat pencalonan awal yang perlu dibuat menerusi laman web apo.mstar.com.my

Acara ini dijayakan dengan kerjasama Suria FM dan dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.

Ia bakal disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada 30 April depan.

Siti Nurhaliza Tarudin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?