suria

Komposer Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia

Adnan ketika menerima Anugerah Wirama pada Anugerah Industri Muzik pada 2010.

PETALING JAYA: Komposer Datuk Adnan Abu Hassan meninggal dunia pada Jumaat selepas dimasukkan ke Unit Rawaran Rapi (ICU), Hospital Selayang, pada Khamis.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah berkata, Adnan, 57, meninggal dunia kira-kira pukul 2.15 pagi Jumaat akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah buah pinggang dan serangan angin ahmar.

Jenazah Allahyarjam akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah, Sungai Ramal, Kajang dekat sini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan pada Jumaat.

SILA KLIK: Komposer Adnan Abu Hassan Kritikal Di ICU

Adnan dimasukkan ke Hospital Selayang kira-kira pukul 2 pagi Khamis dan diberikan ubat tidur bagi membolehkan beliau berehat akibat keadaan buah pinggangnya lemah.

Dalam kerjaya seninya, Allahyarham banyak menghasilkan lagu artis-artis tempatan khususnya menaikkan nama Datuk Siti Nurhaliza dengan lagunya Jerat Percintaan. 

Sumbangan besarnya dalam kerjaya seni turut membolehkan beliau diberikan penghargaan berupa Anugerah Wirama dalam Anugerah Industri Muzik ke 17 pada tahun 2010.

Keadaan Allahyarham semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan beliau jarang muncul di mana-mana majlis hiburan ini.


Adnan Abu Hassan

Artikel Lain