suria

Kegagalan Cinta Lalu Pengajaran Buat Nad Zainal

Nad Zainal
KUALA LUMPUR: Kegagalan cinta Nad Zainal dengan dua kekasihnya sebelum ini memberi pengajaran bermakna agar dia lebih menghargai kasih sayang keluarga dan peminat.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, berkata, dia mengakui cinta terhadap ibu-bapa dan peminat lebih penting berbanding mencintai kekasih yang belum ada penghujungnya.

"Kita sebenarnya tidak sedar bahawa cinta terhadap ibu-bapa, rakan dan peminat lebih penting jika hendak dibandingkan dengan kekasih.

"Tidak semestinya kegagalan bercinta bersama kekasih bermaksud kita gagal dalam hidup kerana ia adalah proses belajar dalam kehidupan sebelum berjumpa pasangan yang sesuai kita," katanya kepada mStar Online.

Nad ditemui pada majlis pelancara koleksi raya Avon 'Seindah Mahligai Mediterranean Koleksi Calissa Mengispirasi Syawalmu' di PNB Darby Park Executive Suites, Kuala Lumpur, di sini Rabu.

Nad Zainal
Nad Zainal

Pada majlis tersebut Avon memperkenalkan koleksi Calissa iaitu barangan linen dan perhiasan rumah, rangkaian pinggan mangkuk dan hidangan serta barangan linen bilik tidur semperna lebaran ini.

Turut hadir Ajai, Shiha (Mentor) dan Fahmi (Mentor).

Sebelum ini Nad pernah dikaitkan dengan dua orang pelakon iaitu Azwan Kombos dan Hefny Sahad.

Dalam pada itu, Nad berkata dia tidak serik untuk kembali bercinta dengan sesiapa sahaja pada masa hadapan kerana ia adalah lumrah bagi seorang manusia.

"Semua orang pernah mengalami situasi seperti ini iaitu putus cinta. Mahu atau tidak perkara ini harus dihadapi kerana hidup mesti diteruskan.

"Saya sebenarnya tidak pernah rasa kecewa jika gagal dalam percintaan kerana jika kecewa saya sebenarnya salahkan takdir dan ia merupakan proses pembelajaran dalam hidup yang harus ditempuhi," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Nad berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaharu iaitu Aku Haus Darah Mu yang berlatarkan zaman 1980-an bersama Zoey Rahman dan Deanna Yusoff.
Nad Zainal

Artikel Lain