suria

Intan Ladyana Alami Kesakitan Selepas Jayakan Babak Aksi

Intan Ladyana

PETALING JAYA: Pelakon Intan Ladyana mengalami sakit pada bahagian perut selama tiga hari akibat melakukan babak aksi ketika penggambaran filem Abang Lejen.

Intan atau nama sebenar Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 33, berkata kesakitan tersebut akibat daripada babak aksi bertali yang memerlukan dirinya tergantung dalam salah satu adegan filem berkenaan.

"Saya berasa sakit di bahagian perut selama masa tiga hari akibat memakai pelapik yang ditarik ketat sewaktu menjalani pengambaran filem ini namun kesakitan tersebut tidaklah terlalu serius.

"Walaupun sudah bertahun dalam industri perfileman, buat pertama kali saya melakukan aksi dijerut perut bersama tali dan saya tergantung di atas syiling," katanya ketika majlis pra-tonton filem Abang Lejen di Cathay Cineplex, e@Curve baru-baru ini.

Selain itu, Intan juga menyatakan penggambaran untuk adegan yang dijalankan di sebuah kilang tersebut memerlukan masa yang lama berikutan pihak produksi menekankan aspek keselamatan pelakon.

Bagaimanapun, penggunaan tali diikat mengikut keselesaan Intan bagi menjayakan aksi penting tersebut selain mengelak daripada kejadian tidak diingini berlaku.

"Babak tersebut mengambil masa kita-kira satu hari kerana krew akan menurunkan tali apabila ikatan pada bahagian perut saya tidak selesa dan kemudian akan dinaikkan semula supaya saya tergantung," katanya.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini ialah Farid Kamil, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Along Eyzendy, Shahfiez, Azlan Komeng dan Hamid Gurkha.

Filem Abang Lejen yang bergenre komedi aksi ini diarahkan oleh Azaromi Ghozali dan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 16 April 2015.

Intan Ladyana, Abag Lejen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain