suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Saya Bukan Manusia Jenis Itu" - Hazama

Hazama terkejut apabila ada pihak mendakwanya semakin sombong.

PETALING JAYA: Penyanyi Hazama berasa pelik apabila dikatakan mula bersikap sombong dan tidak mengetahui bagaimana ada pihak yang melabelnya seperti itu.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 31, berkata, dia tidak pernah merasakan dirinya terlalu hebat sehingga sanggup bersikap demikian terhadap orang lain.

"Saya cukup terkejut apabila didakwa sedemikian dan pada masa sama berasa pelik kerana saya tidak pernah bersikap seperti mana didakwa.

"Malah rasanya saya dikenali sebagai peramah dan mudah mesra dengan orang lain.

"Jika benar saya seorang yang sombong pasti temu bual ini pun saya tidak akan layan," katanya kepada mStar Online.

Hazama bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul Sampai Mati.
Dalam pada itu, Hazama berkata, dia tidak mahu memikirkan soal berkenaan kerana tidak mampu menilai dirinya sendiri.

Baginya, rakan-rakan terdekat mengetahui sifat sebenarnya dan menganggap pihak yang menyebarkan kononnya dia semakin sombong mempunyai masalah peribadi dengannya.

"Dari dulu sampai sekarang sama sahaja namun terpulang kepada orang lain yang ingin menilai kerana saya tidak mempunyai kuasa tentang perkara itu.

"Barangkali pihak yang mendakwa itu mempunyai masalah peribadi dengan saya atau dia memang tidak sukakan saya," katanya.

Malah kata Hazama, sepanjang melibatkan diri dalam industri seni suara dia belum pernah mendapat rungutan tentang sikapnya.

Dalam perkembangan lain, Hazama berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Sampai Mati yang juga akan menjadi lagu tema sebuah drama bersiri di TV3.
Hazama.

Artikel Lain