Kontroversi Tasha Shilla, Sara Ali Bukan Ukuran Populariti MJATS - Hiburan | mStar

Kontroversi Tasha Shilla, Sara Ali Bukan Ukuran Populariti MJATS

Salah satu babak drama MJATS.

PETALING JAYA: Penerbit drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) iaitu Fadzil Teh menegaskan drama tersebut mendapat sambutan hangat bukan disebabkan kontroversi yang melanda dua barisan pelakonnya, iaitu Sara Ali dan Tasha Shilla.

Fadzil berkata, karya itu menjadi fenomena kerana jalan cerita drama yang diadaptasi daripada novel karya Acik Lana yang sudah mempunyai pengikutnya sendiri selain barisan pelakon yang berbakat.

"Saya tak rasa ia popular kerana kontroversi yang tersetus. Ini kerana novel MJATS sudah pun mempunyai pengikutnya dan apabila ia diadaptasi ke sebuah drama, pengikutnya menjadi lebih besar.

"Tambahan pula kita tahu, mana-mana drama yang disiarkan di slot Akasia akan menerima jumlah tontonan yang tinggi kerana masa siarannya merupakan waktu kemuncak.

"Alhamdulillah, saya difahamkan MJATS mendapat rating yang tinggi. Cuma saya belum menerima maklum balas daripada pihak stesen TV3 mengenai jumlah tontonan yang dikumpul," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Fadzil Teh

Drama MJATS terbitan Zeel Production telah disiarkan di slot Akasia saluran TV3, setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam. Episod akhirnya menemui penonton pada malam Isnin lalu.

Selain Tasha dan Sara, barisan pelakon lain terlibat termasuklah Fahrin Ahmad, Amy Mastura, dan Ika Nabila.

Terdahulu, nama Tasha menjadi sebutan ramai apabila dituduh berkelakuan sumbang dengan kekasihnya, Han di lokasi penggambaran drama itu.

Tidak lama kemudian, Sara pula dikatakan bermasam muka dengan pengarahnya, Shuhaimi Lua Abdullah kononnya terlalu terpengaruh dengan watak yang dibawanya dalam drama berkenaan.

Sementara itu, Fadzil berharap, drama terbitan produksinya yang dalam penggambaran iaitu Bencinta lakonan Fathia Latif dan Fattah Amin akan mendapat sambutan seperti MJATS.

"Sekarang ini, pihak kami sibuk dengan penggambaran drama Bencinta, yang juga merupakan arahan pengarah Shuhaimi Lua.

"Saya yakin, gandingan Fathia dan Fattah akan membuatkan drama tersebut menjadi fenomena yang seterusnya," ujarnya.


Fadzil Teh , MJATS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta

Maut terlebih makan durian