MLM 2014: Zizan Razak Letak 3 Syarat Sebelum Sertai Virus - Hiburan | mStar

MLM 2014: Zizan Razak Letak 3 Syarat Sebelum Sertai Virus

Kumpulan Jambu

PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju bergabung dengan dua pelawak daripada kumpulan Jambu bagi membentuk sebuah kumpulan baru iaitu Virus untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM) akan datang.

Salah seorang anggota Jambu, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri berkata, syarat-syarat adalah nama kumpulan baharu mestilah dilihat komersial selain saling bekerjasama dalam menyumbang idea dan membuat susunan strategi.

"Sebenarnya sudah lama saya dan Yus merancang untuk mengambil Zizan menyertai kami. Lagipun dia sudah lama tidak terlibat dengan MLM.

"Dua bulan juga nak menunggu jawapan Zizan dan dia telah menetapkan tiga syarat di mana kami rasa ia bukanlah satu masalah besar. Cuma, apabila sudah bertiga, persefahaman itu sangat penting," katanya.

Zizan Razak

Tambah Tauke, pada mulanya, mereka ingin meletakkan nama JambuZ kerana gabungan nama Jambu dan Zizan tetapi selepas dikaji semula, nama Virus menjadi pilihan kerana mereka ingin dilihat sebuah kumpulan yang tidak membawakan lawak slapstik.

Dalam pada itu, menerusi nama Virus juga, mereka akan menyampaikan persembahan yang berbeza dengan idea yang lebih segar.

"Saya percaya ramai yang tidak yakin dengan gabungan Jambu dan Zizan. Tetapi sebenarnya keserasian kami sudah lama wujud.

"Dan saya mengakui pengambil Zizan juga kerana kami ingin menggabungkan  peminat-peminat Zizan dengan peminat kami," tuturnya.

Program itu akan bersiaran secara langsung bermula 14 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Jambu , Zizan Razak , Virus

Artikel Sebelum

Alyah Tidak Guna Pengaruh Ramli MS

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain