suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakan Bantu Nas-T Cari Teman Wanita

Nas-T mengakui cerewet dalam memilih teman hidup.
PETALING JAYA: Pelakon dan bekas peserta program Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua iaitu Nas-T memberitahu, satusnya yang masih solo menyebabkan rakan-rakan terpaksa membantunya mencari teman wanita.

Nas-T atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar Nasruddin, 30, bagaimanapun berkata, buat masa ini jodoh masih belum berpihak kepadanya dan perkenalan yang diaturkan oleh temannya sentiasa berakhir sebagai rakan biasa.

"Rakan-rakan sentiasa bimbangkan keadaan diri saya yang masih solo sehingga ada di antara mereka cuba menjodohkan saya dengan kenalan wanita mereka.

"Tetapi mungkin masih belum ada jodoh dan perkenalan yang diaturkan berakhir sebagai rakan biasa," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nas-T tidak menafikan sikap cerewet dalam mencari wanita sesuai untuk dijadikan sebagai teman hidup antara punca dia masih solo.

Malah katanya, berdasarkan pengalaman lalu dia perlu lebih berhati-hati dalam memilih pasangan supaya perhubungan yang terjalin tidak terhenti di tengah jalan.

"Bukan serik tetapi saya mengambil apa yang berlaku sebelum ini sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi kesilapan sama," katanya.

Sementara itu, Nas-T berkata, pada usianya kini dia sudah bersedia untuk hidup berkeluarga seperti mana rakan-rakannya yang lain.

Dia juga sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan wanita sesuai untuk disunting menjadi teman hidupnya.

"Saya pun bukan muda lagi dan kalau boleh ingin segera berkahwin dan membina keluarga," jelasnya.
Nas-T.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain