Hai-O Simpati Gosip Cinta Fara Fauzana - Hiburan | mStar

Hai-O Simpati Gosip Cinta Fara Fauzana

Fara Fauzana kelihatan anggun apabila memilih untuk bertudung.
PETALING JAYA: Kapten pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar, menjelaskan dia bersimpati dengan nasib Fara Fauzana,34, apabila personaliti itu digosipkan bercinta dengannya.

Hairuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Hai-O, 35, turut meminta semua pihak agar tidak mengaitkan mereka lagi memandangkan dia dan Fara tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa.

“Kami tidak bercinta dan tidak pernah pun keluar bersama. Cukuplah! Jangan buat andaian yang tidak betul. Kesian dengan dia (Fara),” kata Hairuddin kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Hairuddin Omar lebih dikenali dengan nama Hai-O

Hairuddin yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan diminta mengulas sejauh manakah kebenaran gosip kononnya dia dan Fara bercinta.

Fara dalam kenyataannya kepada mStar Online pada Rabu lalu turut menepis tuduhan berkenaan sebaliknya berasa kecil hati apabila timbul pula cerita kononnya dia bertudung atas permintaan bintang sukan berkenaan.

Tambah Hairuddin, Fara membuat keputusan bertudung tiada kena-mengena dengannya kerana ia adalah kehendak wanita itu sendiri.

Malah katanya, apabila tersebar gosip berkenaan Fara ada menghantar mesej kepadanya sambil memberitahu agak sedih dengan berita yang tersebar.

Ditanya sejauh manakah dia mengenali Fara ujar Hairuddin, mereka bertemu kira-kira tujuh tahun lalu ketika Fara bersama kru Hot FM singgah di restorannya di Terengganu.
Hai-O , Hairuddin Omar , Fara Fauzana

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel