Juara 'Skool of Lawak' Tidak Akan Tutup Bisnes Sewa Kereta - Hiburan | mStar

Juara 'Skool of Lawak' Tidak Akan Tutup Bisnes Sewa Kereta

trdfgr
Zam ingin bersaing dengan pelawak-pelawak profesional pula.

PETALING JAYA: Juara Skool of Lawak iaitu Zam, menjelaskan kemenangannya dalam rancangan itu tidak akan membuatkan dia terfikir mahu menutup perniagaan kereta sewa yang diusahakannya sebelum menyertai program tersebut.

Zam atau nama sebenarnya Muhammad Rizam Zaaffar, 26, berkata, dia enggan berbuat demikian memandangkan perniagaan itu telah diusahakan sejak tiga tahun lalu dan ia merupakan punca rezekinya sebelum ini.

"Sayang rasanya kalau nak tutup perniagaan itu kerana saya sudah lama mengusahakannya. 

"Lagipun sepanjang saya sibuk dengan Skool of Lawak, rakan saya yang membantu menjaga perniagaan tersebut. Dan seandainya saya masih lagi sibuk dengan kerja-kerja seni, maka rakan saya itulah yang akan membantu saya nanti," katanya kepada mStar Online.

etye
Zam diumumkan sebagai juara Skool of Lawak.


Pada Jumaat lalu, Zam berjaya merebut gelaran juara Skool Of Lawak dan meraih wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.

Ia telah berlangsung di Megastar Arena di sini dan disiarkan menerusi Astro Warna.

Sementara itu, Zam turut mengakui kejayaannya itu sebagai permulaan untuk dia menjadi seorang pelawak profesional yang berjaya.

Zam turut berhasrat mahu terus mengasah bakatnya dengan menyertai program popular Maharaja Lawak Mega pula, untuk bersaing dengan pelawak-pelawak popular.


"Saya bukan mahu tunjuk hebat, tetapi mahu bersaing dengan golongan hebat ini bagi mengasah lagi bakat lawak saya ini.

"Ini sahaja cara yang ada bagi mempertingkatkan lagi mutu komedi yang saya ada agar peminat-peminat tidak bosan dengan saya," ujarnya.
Skool Of Lawak , Zam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain