Zam Juara Skool of Lawak Rangkul RM100,000 - Hiburan | mStar

Zam Juara Skool of Lawak Rangkul RM100,000

skool of lawak
Juara program Skool of Lawak musim pertama, Zam (tengah) bersama pemenang tempat kedua, Fiza (kanan) dan One yang memenangi tempat ketiga. Foto M. AZHAR ARIF

KUALA LUMPUR: Peserta Zam diumumkan sebagai juara program Skool of Lawak musim pertama yang berlangsung di Megastar Arena di sini, malam Jumaat.

Kemenangan itu membuatkan Zam atau nama sebenarnya Muhammad Rizam Zaaffar, 26, membawa pulang wang sejumlah RM100,000 berserta trofi.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Fiza (FilzahAzmi), 25, dengan membawa pulang sebuah trofi berserta wang tunai RM50,000.

Manakala tempat ketiga jatuh kepada One atau Mohd Hazwan Mohd Azani, 27, menerima hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi.

Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara program tersebut iaitu Jep (Sepahtu) dan Johan (Raja Lawak).

Markah peserta diadili 70 peratus daripada panel penilai Prof Abdul Razak Mohaideen, Mamat Khalid dan Datuk Rosyam Nor manakala 30 peratus daripada undian penonton.

Selain Fiza, One dan Zam, tiga peserta lain yang beraksi di pentas akhir ialah  Mail atau nama sebenarnya Ismail Abdullah, 36, Azmi (Nor Azmi Ibrahim), 39 dan Yus (Mohd Yusrishah Tapah), 25.

Pada malam peringkat akhir menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar iaitu tema bebas bersama artis jemputan, muzikal dan komedi stand up.

Cabaran-cabaran tersebut memberi peluang kepada para peserta untuk membuktikan kemampuan mereka bermain dengan set dan penggunaan pentas.

Skool of Lawak disiarkan setiap hari Jumaat bermula pukul 10 malam, secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain