suria

'Gravity' Dominasi Anugerah Filem BAFTA

Alfonso turut memenangi torfi Pengarah Terbaik menerusi filem Gravity.
Alfonso turut memenangi torfi Pengarah Terbaik menerusi filem Gravity.

FILEM sains fiksyen Gravity mendominasi Anugerah Filem British (Bafta) dengan mengondol enam hadiah termasuk kategori filem British terbaik dan pengarah terbaik.

Anugerah Filem Terbaik dimenangi oleh kisah tentang hamba abdi, 12 Years a Slave.

Gravity turut memenangi kategori untuk Kesan Khas, Senimatografi, Kesan Bunyi Terbaik, Lagu Original Terbaik dan Pengarah Terbaik (Alfonso Cuaron).

Bintang tempatan, Chiwetel Ejiofor memenangi anugerah untuk Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya sebagai hamba abdi Solomon Northup dalam filem 12 Years a Slave.

Cate Blanchett dinamakan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Blue Jasmine.

Seorang lagi pengarah British berkulit hitam, Steve McQueen memenangi anugerah untuk Filem Terbaik arahannya - 12 Years a Slave.

"Ketika saya sedang memberi ucapan ini masih terdapat 21 juta manusia menjadi hamba abdi dalam pelbagai bentuk dan saya hanya berharap 150 tahun dari sekarang, kita tidak perlu lagi membuat sebuah filem mengenai nasib hamba abdi."

Sementara itu pelakon yang tidak dikenali Barkhad Abdi dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk peranannya dalam filem Captain Phillips.

Manakala bintang muda yang sedang meningkat naik, Jennifer Lawrence mengutip Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk peranannya dalam filem American Hustle.

Malangnya heroin filem Hunger Games itu tidak dapat hadir untuk menerima anugerahnya kerana masih terlibat dalam pembikinan episod Hunger Games yang seterusnya.

Filem Animasi terbaik jatuh kepada Frozen, yang berjaya menumpaskan Monsters University dan Despicable Me 2.

Anugerah Bafta dilihat sebagai indikasi bakal penerima anugerah filem paling berprestij iaitu Anugerah Akademi (Oskar) yang akan berlangsung di Hollywood pada 2 Mac depan.

Tahun lalu, Argo menang filem terbaik di Bafta, Daniel Day-Lewis menang pelakon terbaik, Christoph Waltz dan Anne Hathaway menang pelakon pembantu terbaik dan kesemua mereka selepas itu turut memenangi Oskar.

SENARAI PENERIMA ANUGERAH FILEM BRITISH (BAFTA) 2014

Filem Terbaik > 12 Years A Slave

Pelakon Lelaki Terbaik > Chiwetel Ejiofor, 12 Years A Slave

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Barkhad Abdi, Captain Phillips

Pelakon Wanita Terbaik > Cate Blanchett, Blue Jasmine

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik > Jennifer Lawrence, American Hustle

Filem British Paling Menyerlah > Gravity

Pengarah Terbaik > Alfonso Cuarón, Gravity

Lakon Layar Terbaik > American Hustle

Skor Muzik Terbaik > Gravity

Sinematografi > Gravity

Kesan Bunyi Terbaik > Gravity

Kesan Visual Khas > Gravity

Artikel Lain