suria

Madonna Daftar Anak Masuk Sekolah Ketenteraan

Madonna mengambil keputusan menghantar anak lelakinya, Rocco ke sekolah ketenteraan bagi mendisiplinkan remaja tersebut.
Madonna mengambil keputusan menghantar anak lelakinya, Rocco ke sekolah ketenteraan bagi mendisiplinkan remaja tersebut.

PENYANYI Madonna mengambil keputusan untuk menghantar anak lelakinya, Rocco Ritchie ke sebuah sekolah ketenteraan kerana ingin mendisiplinkan remaja berusia 13 tahun itu.

Menurut laporan Daily News, Madonna tidak dapat mengawal kenakalan Rocco yang sering menimbulkan masalah sehingga berharap masih belum terlewat untuk membetulkan sikap anak lelakinya itu.

"Madonna sudah tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mengawal sikap anaknya itu kerana dia sering menimbulkan masalah dan keputusan mendaftarkan dia ke sekolah ketenteraan diharap dapat membetulkan sikap Rocco," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Sebelum ini, bekas suami Madonna, Guy Ritchie berang dengan tindakan anaknya yang bergambar dengan botol minuman keras bersama teman-temannya dan meluahkan kemarahan terhadap penyanyi itu.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, Madonna turut mendapatkan nasihat daripada rakan baiknya, Rossie O'Donnell yang mempunyai pengalaman menguruskan anak lelakinya yang nakal.

Malah Rossie yang mencadangkan kepada penyanyi itu supaya menghantar Rocco ke sekolah ketenteraan secepat mungkin.

"Rossie ada memberitahu dia sebelum ini tidak yakin sekolah itu mampu mengubah sikap anaknya tetapi ternyata ia membuahkan hasil," katanya.

Guy juga dilaporkan bersetuju bekas isterinya itu menghantar anak mereka ke sekolah itu dan ia adalah tindakan paling baik buat masa ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain