suria

Michael Douglas & Catherine Zeta Jones Sudah Berbaik

Rumah tangga Michael dan Catherine sudah pulih selepas mengumumkan berpisah pada Ogos 2013.
Rumah tangga Michael dan Catherine sudah pulih selepas mengumumkan berpisah pada Ogos 2013.

PERMULAAN tahun 2014 memberi momen manis buat pasangan Michael Douglas dan Catherine Zeta Jones apabila mereka kembali bersama selepas mengumumkan perpisahan pada Ogos 2013.

Menurut laporan portal Fameflynet, pasangan itu dilihat sedang berjalan sambil berpegangan tangan, lengkap dengan cincin perkahwinan mereka bersama dengan anak-anak mereka Dylan, 13 dan Carys, 10.

"Mereka bukan sahaja berjalan bersama-sama malah turut menikmati makan tengah hari dan kemudian menonton teater di ikuti pada sebelah malamnya, mereka menonton filem di panggung pula.

"Ternyata mereka sudah berbaik dan nampaknya mereka akan membatalkan hasrat untuk bercerai," kata sumber.

Sebelum ini Michael menerusi majalah GQ Magazine pernah berkata mahu memulihkan perhubungannya dengan Catherine selepas melalui beberapa situasi sukar dalam rumah tangga mereka.

Perkahwinan Michael dan Catherine yang dibina sejak tahun 2000 mula goyah selepas aktor tersebut disahkan kanser tekak manakala aktres itu pula mengidap penyakit bipolar pada tahun lalu.

Artikel Lain