suria

Kristen Stewart Tolak Cinta Lelaki Lain

Kristen Stewart dan bekas kekasihnya Robert Pattinson
Kristen Stewart dan bekas kekasihnya Robert Pattinson
Kristen Stewart dan bekas kekasihnya Robert Pattinson

PELAKON Kristen Stewart dilaporkan tidak mahu bercinta dengan lelaki lain selain bekas teman lelakinya Robert Pattinson.

Salah seorang teman baik kepada Stewart memberitahu bahawa wanita tersebut benar-benar cintakan Robert yang juga pasangannya dalam filem Twilight.

"Dia masih cintakan Rob. Saya pasti dia tidak akan menerima cinta lelaki lain buat masa ini sebagai temannya," kata sumber tersebut.

Tambahnya seperti dipetik daripada Digital Spy, Stewart kini banyak menghabiskan masa bersama teman-teman rapatnya dan cuba menghindari media.

"Bagi kami teman sebagai rapatnya mengetahui hal sebenar bahawa dia sedang kecewa dan berusaha untuk bangkit," katanya.

Pasangan ini menjadi idola remaja namun terputus setelah Stewart dilaporkan curang dengan pengarah filem Snow White and The Hunstman.

Artikel Sebelum

Artikel Lain