suria

Keluarga Lebih Penting Buat Kate Winslet

Kate Winslet.
Kate Winslet.
Kate Winslet.

KATE Winslet memberitahu keluarganya adalah lebih penting daripada kariernya sebagai pelakon terkenal.

Winslet berkata, dia sentiasa cuba mengimbangi kehidupannya dan bersyukur berjaya melakukannya walaupun sukar.

Pelakon filem Titanic itu mempunyai seorang anak perempuan berusia 12 tahun, Mia hasil perkahwinannya dengan pengarah Jim Threapleton dan anak lelaki, Joe bersama bekas suami, Sam Mandes.

"Walaupun pelbagai perkara perlu dilakukan dalam satu masa tetapi rasanya saya berjaya mengimbangkan kerjaya dan keluarga. Namun apa-apa pun anak-anak menjadi keutamaan saya," jelasnya kepada majalah Female First.

Winslet kini bahagia disamping suaminya, Ned Rocknroll pada Disember tahun lalu.

Artikel Lain