suria

Sheera Ajak Golongan Muda Keluar Mengundi

Sheera berkata golongan muda sepertinya turut berperanan dalam menentukan hala tuju negara terutama dalam memilih sebuah kerajaan yang diyakini mengutamakan kebajikan rakyat.
Sheera berkata golongan muda sepertinya turut berperanan dalam menentukan hala tuju negara terutama dalam memilih sebuah kerajaan yang diyakini mengutamakan kebajikan rakyat.
Sheera berkata golongan muda sepertinya turut berperanan dalam menentukan hala tuju negara terutama dalam memilih sebuah kerajaan yang diyakini mengutamakan kebajikan rakyat.

ALOR SETAR: Pelakon Sheera Iskandar menyeru golongan muda yang menjadi pengundi berdaftar untuk keluar mengundi pada 5 Mei ini bagi menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan demi masa depan yang lebih cerah.

Sheera, atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar 28, berkata, golongan muda sepertinya turut berperanan dalam menentukan hala tuju negara terutama dalam memilih sebuah kerajaan yang diyakini mengutamakan kebajikan rakyat.

"Mungkin ketika masih muda kita fikir politik tidak penting dan anggap benda ini remeh.

"Tapi sebenarnya tak, kita nak hidup dalam negara yang maju dan nak terus ke depan. Jadi jangan biarkan orang lain tentukan hidup kita, kita sendiri perlu tentukan," katanya ketika ditemui di Pasar Tani Taman Wira, Mergong di sini, Jumaat.

Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) kali ini menyaksikan peningkatan pengundi muda yang ramai iaitu berjumlah 5.5 juta atau kira-kira 42 peratus daripada 13.3 juta pengundi berdaftar.

Sheera antara 11 artis yang mengikuti program Ziarah Syukur bagi membantu Barisan Nasional (BN) berkempen pada PRU-13 ini di Kedah.

Alor Setar merupakan lokasi jelajah ke tiga di Kedah selepas kumpulan artis berkenaan mula menemui orang ramai di kawasan Parlimen Padang Terap dan Parlimen Kulim Bandar-Baharu sejak Selasa lalu.

Program yang dijayakan Pengerusi Eksekutif Intenkreatif Sdn Bhd, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar itu bakal meneruskan siri jelajah mereka ke kawasan Parlimen Pendang dan Parlimen Jerlun.

Mengulas lanjut Sheera yang juga anak kepada pelakon Aznah Hamid berkata, beliau tidak akan melepaskan peluang untuk pulang mengundi di kawasan Parlimen Pasir Mas di Kelantan.

"Ini kali pertama saya akan mengundi, jadi Insya-Allah saya akan pulang menunaikan tanggungjawab saya," katanya yang mengetahui mengenai calon PRU-13 di kawasannya iaitu Datuk Ibrahim Ali sebagai calon Bebas dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz daripada PAS.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain