suria

Keroz Nazri Mampu Melonjak Selepas 'Masterchef Selebriti 2'

Keroz memberitahu tujuan utamanya menyertai MasterChef Selebriti kerana ingin mencabar kemampuannya dalam bidang masakan selain beramal untuk badan kebajikan yang dipilih.
Keroz memberitahu tujuan utamanya menyertai MasterChef Selebriti kerana ingin mencabar kemampuannya dalam bidang masakan selain beramal untuk badan kebajikan yang dipilih.
Keroz memberitahu tujuan utamanya menyertai MasterChef Selebriti kerana ingin mencabar kemampuannya dalam bidang masakan selain beramal untuk badan kebajikan yang dipilih.

PETALING JAYA: Komposer dan penyanyi, Keroz Nazri yakin penyertaannya dalam program MasterChef Selebriti 2 mampu melonjakkan popularitinya sebagai seorang artis.

Keroz atau nama sebenarnya, Khairul Nizam Nazri, 28, berkata, buat masa ini masih ramai yang tidak menyedari kehadirannya dalam industri seni dan berharap perkara itu akan berubah selepas dia menyertai rancangan berkenaan.

"Saya percaya karier saya akan berubah selepas ini dan menganggap kemunculan dalam program tersebut sebagai langkah publisiti untuk mempromosikan diri saya kepada peminat," katanya kepada mStar Online.

Keroz sebelum ini pernah menyertai program Key Note dan mendapat tempat kedua dalam pertandingan mencipta lagu itu.

Bagaimanapun kata Keroz, tujuan utamanya menyertai MasterChef Selebriti adalah kerana ingin mencabar kemampuannya dalam bidang masakan selain beramal untuk badan kebajikan yang dipilih.

Dalam pada itu, Keroz memberitahu, selain menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya, dia juga kini sibuk menguruskan perniagaannya bersama rakan kongsi menerusi syarikat Dangerous Events.

Katanya, walaupun masih baru dalam bidang perniagaan namun dia optimis syarikat pengurusan acara itu dapat berkembang dengan baik berserta visi dan perancangan yang kemas.

"Banyak perkara yang masih perlu saya pelajari tentang perniagaan namun penglibatan dalam bidang seni sedikit sebanyak banyak membantu kerana ia berkaitan dengan pengurusan acara.

"Malah bergelar artis juga dapat menjadi batu loncatan untuk saya memperkenalkan lagi syarikat tersebut kepada pelanggan berpotensi," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai karier nyanyiannya, Keroz berkata, dia tidak berhasrat untuk menghasilkan album penuh buat masa ini sebaliknya menumpukan kepada penghasilan single sahaja.

Jelas Keroz, cara itu lebih senang diterima peminat tambahan pasaran penjualan album pada masa ini agak lembab.

"Saya lebih senang menghasilkan single buat masa ini dan jika sudah banyak lagu dilancarkan mungkin selepas itu saya akan kumpulkan dalam sebuah album," katanya.

Keroz yang popular menerusi lagu Suatu Hari Nanti baru sahaja muncul dengan single terbaharunya berjudul Sedia Bercinta Lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain