suria

Pencarian Bakat Idola Kecil Musim Kelima Sudah Bermula

Bekas peserta Idola kecil turut akan memeriahkan sesi uji bakat musim terbaru ini.
Bekas peserta Idola kecil turut akan memeriahkan sesi uji bakat musim terbaru ini.
Bekas peserta Idola kecil turut akan memeriahkan sesi uji bakat musim terbaru ini.

PETALING JAYA: Program realiti kanak-kanak Idola Kecil siaran TV9 bakal memasuki musim kelima dan pencarian bakat-bakat baru giat berjalan di seluruh negara bermula sejak Sabtu (22 September 2012).

Menurut penerbitnya, Shahrizan Razali, format uji bakat telah diubah di mana pesertapeserta bukan hanya dinilai daripada segi bakat vokalnya, tetapi juga tarian.

"Kali ini, pihak TV9 mengubah sedikit format di mana kami juga ingin mencari penyanyi yang memiliki bakat tarian yang masih lagi tidak banyak di negara ini.

"Jadi, kami telah melantik koreografer tarian iaitu Boojae daripada kumpulan Floor Fever yang pernah menyertai program 'Showdown' untuk mencari peserta terbaik," katanya.

Sesi ujibakat akan diadakan di empat destinasi termasuk Pulau Pinang, Johor Bahru, Terengganu dan Putrajaya dimana terdapat di mana ia akan bermula seawal pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Antara lokasi-lokasi yang terbabit ialah Hotel Holiday Inn Batu Ferringhi, Pulau Pinang (Ahad, 23 September), Hotel The Zon Regency By The Sea, Johor Bharu (29 & 30 September), Hotel Permai, Kuala Terengganu (6 & 7 Oktober) dan Alamanda, Putrajaya (13 & 14 Oktober).

Mereka yang berminat perlu membawa salinan fotostat kad pengenalan Mykid mereka dan gambar berukuran paspot.

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 9 hingga 12 tahun.

Senarai lagu uji bakat adalah Cari Jodoh (Wali Band), Carta Hati (Najwa Latif), Tanpa Mu (Amir Jauhari), Aku Skandal (Hujan), Lelaki Seperti Aku (Alif Satar) dan Patah Seribu (Shila Amzah).

Dalam pada itu, Sesi ujibakat juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti popular negara seperti Dafi, Awi Rafael, Ana Rafali, Aliff Aziz dan juga peserta-peserta Idola Kecil musim-musim yang lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain