suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada Persamaaan Barack Obama & Penyanyi Jay-Z

Barack Obama
Barack Obama
Barack Obama

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengakui mempunyai keserasian dengan penyanyi rap dan penerbit muzik Jay-Z kerana persamaan tertentu yang mereka miliki.

Laman web thesun.co.uk melaporkan, Obama yang menghadiri sebuah majlis amal tertutup di 40/40 Club anjuran penyanyi itu bersama isterinya Beyonce, baru-baru ini berkata, mereka mempunyai persamaan pada beberapa perkara.

“Kami mempunyai anak perempuan dan isteri kami jauh lebih popular daripada kami.

"Perkara itu jelas menunjukkan persamaan di antara kami. Ia tidak boleh disangkal tetapi persamaan itu okey,” kata Obama kepada Jay-Z.

Obama turut berkata kepada Beyonce: “Beyonce adalah contoh teladan terbaik buat anak perempuan saya.”

Obama sedang giat berkempen bagi membolehkan dia dicalonkan sekali lagi untuk penggal kedua jawatan itu yang akan berlangsung pada November depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain