PETALING JAYA: Sebanyak 21 anugerah bakal diumumkan pada malam kemuncak Golden Awards 2012 yang akan bersiaran secara langsung pada hari Sabtu ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Ia akan di siarkan menerusi saluran ntv7 pada pukul 8.30 malam.
Antara anugerah yang dinanti-nantikan ialah Pelakon Lelaki Terbaik di mana dua aktor popular William San dan Coby Chong bersaing bagi kategori berkenaan menerusi pencalonan untuk drama bersiri Forget Me Not.
Dalam pada itu, selebriti antarabangsa dari Taiwan, Jiro Wang dan Tony Yang akan membuat kemunculan menerusi sebuah persembahan pentas.
Bagi peminat drama Hong Kong, kehadiran pelakon dan pengarah terkenal, Gordon Lam dan penulis skrip Susan Chan pastinya dinanti-nantikan oleh peminat.
Susan yang terkenal dengan karya berkualiti dan mempunyai pencapaiannya tersendiri juga merupakan salah seorang juri bagi anugerah berkenaan.
Sementara itu, siaran langsung acara karpet merah akan disiarkan selama setengah jam bermula 8.30 malam.
Peminat bakal melihat artis-artis kesayangan mengenakan pakaian indah dengan sentuhan glamor.
Bagi mereka yang ingin menontonnya secara dalam talian, ia boleh diikuti menerusi lama sesawang rasmi di www.ntv7.com.my/goldenawards.
Berikut ini pencalonan menerusi Golden Awards 2012
Kategori Drama
Drama TV Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pelakon Baru Terbaik
Lagu Tema Drama Terbaik
Pengarah Terbaik – baru
Lakon-layar Asal Terbaik (baru
Kategori Bukan Drama
Rancangan Variasi & Hiburan Terbaik
Pengacara Rancangan Variasi & Hiburan Terbaik
Rancangan Berita & Hal Ehwal Semasa Terbaik
Pembaca Berita Terbaik
Rancangan Majalah Terbaik
Pengacara Rancangan Majalah Terbaik
Rancangan Perayaan Terbaik (baru)
Pilihan Penonton
Pelakon Lelaki Paling Popular
Pelakon Wanita Paling Popular
Drama TV Paling Popular
Pengacara TV Paling Popular
Pembaca Berita TV Paling Popular (baru)


