Enam Peserta Tersingkir Minggu Ketiga Maharaja Lawak Mega - Hiburan | mStar

Enam Peserta Tersingkir Minggu Ketiga Maharaja Lawak Mega

Pimai memberikan persembahan hebat.
Pimai memberikan persembahan hebat.

SHAH ALAM: Seramai enam peserta Maharaja Lawak Mega yang mendapat markah terendah disingkirkan pada minggu ketiga program itu.

Daripada jumlah itu, lima peserta telah disingkirkan terlebih dahulu sebelum konsert berlangsung adalah kumpulan Lanun, Comel, Gebu, Caer dan Rap.

Manakala kumpulan Anje gandingan Joey dan Achong tersingkir pada akhir minggu ketiga konsert berlangsung dengan peratusan terendah sebanyak 39 peratus.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, penyingkiran itu dibuat kerana format program berkenaan telah dibuat dari awal selain memberikan elemen kejutan kepada penonton.

Nizam berkata, sejarah program realiti negara ini juga tidak pernah melibatkan sebanyak 17 peserta dan penyingkiran lima peserta pada awal program adalah sebagai amaran kepada peserta untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh.

"Ini adalah kejutan MLM dan penyingkiran lima peserta itu akan memberikan ruang kepada peserta yang masih kekal untuk bersaing dengan pelbagai idea segar dan menghiburkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Nizam memberitahu peserta paling tinggi mendapat markah pada minggu ketiga adalah kumpulan Pi Mai (62 peratus) diikuti 3G (62 peratus), Boboi (57 peratus), Saehu (55 peratus), Osbon (53 peratus).

Manakala Hiro (49 peratus), JH (48 peratus), Bawel (47 peratus), BP (47 peratus), Adlin (46 peratus), Syok (42 peratus) dan Anje (39 peratus).

Sementara itu, chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) selaku juri tetap MLM agak kecewa dengan persembahan peserta minggu ini dan menyifatkan lawak mereka sebagai sederhana.

"Ada peningkatan dalam persembahan tetapi sedikit mengecewakan kerana ia tidak membuatkan semua penonton ketawa besar dengan jenaka mereka.

"Mereka perlu menumpukan kepada pengisian lawak yang ingin dipersembahkan selain latihan yang cukup untuk memberikan persembahan mantap," ujarnya.

Artikel Sebelum

Drama Elly & Epit Pembelajaran Dalam Hiburan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain