suria

Wakenabeb Kini Kembali!

Tam Suhaimi dan Wahid
Tam Suhaimi dan Wahid
Tam Suhaimi dan Wahid

PETALING JAYA: Program realiti, Wakenabeb musim keempat kini kembali dan akan mula bersiaran setiap Khamis, pukul 8.30 malam, bermula 27 Oktober ini.

Dengan format yang lebih menarik, tiga pengacara baru, Awie Wings, Wahid Senario, dan Tam Suhaimi akan mengendalikan program 13 episod itu.

Menurut penerbitnya, Muhamad Nazrul, program berbentuk usikan dan berorientasikan kamera kandid ini bukanlah satu perkara yang terlampau tetapi ia dapat menghiburkan penonton dengan gelagat spontan orang yang dikenakan.

"Program ini meletakkan selebriti jemputan ke dalam satu senario yang tidak dijangkakan mereka tetapi telah dirancang oleh pihak di belakang tabir.

"Ekspresi diri selebriti yang berjaya dirakamkan itu akan menjadi perkara yang bernilai untuk dikongsi bersama penonton.

”Selain itu, peminat juga berpeluang untuk melihat diri sebenar selebriti kegemaran mereka,” katanya.

Antara selebriti yang ’terkena’ pada musim ini termasuklah Awie Rafael, Juliana Evans, Sam Bunkface, Kila Fairy, Along & Angah dan tidak terkecuali pengacaranya sendiri.

Wakenabeb! pernah tercalon sebagai ”Rancangan Hiburan Terbaik” menerusi Anugerah Television Asia (ATA).

Untuk maklumat lanjut, layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan terbaru Wakenabeb di Facebook dan Twitter ntv7.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain