suria

Terbaru Daripada Beyonce Knowles

Artis: Beyonce Knowles Album: 4 Lagu Pilihan: I Miss You, Countdown, I Was Here dan End Of Time Edaran: Sony Music Malaysia

Album: 4

Lagu Pilihan: I Miss You, Countdown, I Was Here dan End Of Time

SELEPAS Dangerously in Love (2003), B’Day (2006) dan I Am... Sasha Fierce (2008), Beyonce Knowles (gambar) muncul dengan album terbarunya berjudul 4.

Sekali dengar, 4 yang menggabungkan elemen muzik Jazz, Blues, dan Funk 80-an serta 90-an itu kurang menarik minat OopStarz! dengan lagu-lagu yang dimuatkan.

Mungkin ia perlu dimainkan dengan kerap, barulah beberapa lagu dapat ‘menangkap’ ke telinga pendengar.

Pendapat OopStarz!, 4 tidaklah sekuat album-album sebelum ini yang mampu membuatkan orang terus jatuh cinta pada lagu-lagu yang dibawakan apabila pertama kali mendengarnya.

Antara lagu yang dimuatkan pada album ini ialah 1+1, I care, I Miss You Best Thing I Never had, Party (menampilkan Andre 3000), Rather Die Young, Start Over, Love On Top, Countdown, End of Time, I was Here dan Run The World (Girls).

Pada trek pertama, 1+1 yang dihasilkan oleh Beyonce bersama Tricky Stewart, Terius Nash dan Coray Jackson Carter yang menceritakan tentang seseorang yang hangat dilamun cinta itu hanyalah sebuah lagu yang biasa sahaja, tetapi, kerana mainan vokal mantap yang dibawakan oleh Beyonce, ia boleh dikira sedap untuk didengar.

Lagu Party yang diterbitkan oleh Kanye West telah diambil sampel lagu daripada La Di Da Di, yang pernah dinyanyikan oleh Doug E.

Bagi yang meminati muzik Retro R&B, lagu ini mungkin akan menjadi kegemaran.

Begitu juga dengan lagu Boyz II men, Uhh Ahh, sampel lagu tersebut diambil untuk menghasilkan Countdown. Ternyata susunan muzik yang rancak menarik didengar.

Secara keseluruhannya, 4 bukanlah sebuah album komersial tetapi menerusi album ini ia menunjukkan tentang diri Beyonce yang berkarya mengikut idealismenya.

Selain itu, menariknya tentang album ini ia dipasarkan dalam dua versi iaitu Duluxe di mana ia memuatkan sebanyak dua keping cakera padat (CD) dengan tiga lagu bonus dan tiga versi remix iaitu lagu Run The World (Girls). Menerusi CD itu juga, peminat Beyonce dapat menyaksikan klip video menerusi laman web yang dinyatakan. Manakala, versi Standard pula hanya memuatkan 12 trek lagu yang telah dirakamkan.

Bagaimanapun, melihat kulit album ini, ramai yang akan kagum dengan foto-foto yang dipaparkan kerana setiap foto berkenaan mewakili setiap judul lagu yang dimuatkan dalam album tersebut.

*Artikel dipetik daripada sisipan Mingguan mStar yang diedarkan bersama akhbar The Sunday Star keluaran 17 Julai di sekitar Lembah Klang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain