suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enrique Iglesias Berduet Dengan Jenifer Lopez

Enrique Iglesias
Enrique Iglesias
Enrique Iglesias

BERSEMPENA dengan pelancaran semula album "Euphoria" penyanyi latin, Enrique Iglesias pada November depan, Enrique akan memuatkan lagu duetnya bersama Jenifer Lopez bertajuk "Mouth2Mouth".

Berita mengenai duet dua superstar latin itu telah dimaklumkan oleh penulis lagu tersebut, Justin Franks di laman Twitter miliknya baru-baru ini. Single tersebut dijangka akan menaikkan lagi populariti kedua-dua nama bintang itu.

Dalam pada itu, Enrique dikhabarkan sedang menyiapkan tiga buah lagu baru untuk pelancaran semula album itu dan single "I Like How It Feels" yang mengandingkan dirinya dengan rapper Pitbull akan dilancarkan dalam masa dua minggu.

Sementara itu, Enrique turut dikhabarkan akan menjelajah ke seluruh Amerika untuk siri konsert "Euphoria" yang akan bermula pada 22 September ini bermula di Boston.

Artikel Sebelum

Terbaru Daripada Beyonce Knowles

Artikel Berikut

Artikel Lain